Pembentangan Bajet 2013

Korang mesti dah update berkaitan Bajet 2013 “Bajet Sejahtera”. Semua orang menanti bajet yang dibentangkan oleh Dato Sri Najib baru-baru ni especially rakan2 yang berkhidmat dengan kerajaan yang menanti pemgumuman bonus!

So saya ucapkan tahniah kepada semua dengan pengumuman Bonus 1.5 bulan untuk semua kakitangan kerajaan. Tahniah sekali lagi! Berbelanjalah dengan bijak, jangan dihabiskan dengan membeli gajet-gajet elektronik yang berlambak di pasaran. Menabunglah di ASB atau melaburlah dalam industri Emas. Selain itu kerajaan juga mengumumkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2 (BR1M 2.0), ada diskaun PTPN, ada rebat telefon bimbit dan macam-macam lagilah. Sungguh meriah dan terasa beruntung menjadi rakyat malaysia!!!

Untuk ahli politik, ini bermakna, PRU13 dah makin hampir.  Pakatan Pembangkang pun dah bentang bajet. Bahang makin terasa. Semua orang menanti juga pilihanraya kali ini.

Sebagai seorang agen takaful insuran, saya terperasan walaupun agak kecil, beberapa langkah kerajaan yang memberi signal positif  terhadap kepentingan insuran terhadap rakyat.

Dalam BAJET SEJAHTERA 2013 dapat kita lihat Dato Seri Najib mengumumkan beberapa skim perlindungan berkelompok untuk anggota tentera dan polis.

Dalam masa yang sama turut diwujudkan adalah skim insuran berkelompok untuk nelayan dan petani bagi menjaga kebajikan mereka.

Sedangkan sebelum ini kerajaan telah perkenalkan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA) seperti yang saya ada post sebelum ini.

Jadi jelas daripada setiap rancangan kerajaan sekarang ini pasti, akan dimasukkan skim insuran untuk pihak yang terlibat. Pasti akan dimasukkan perancangan kebajikan untuk kesihatan rakyat.

Ini juga menunjukkan kerajaan mula sedar kepentingan insuran, kerajaan mula sedar kepentingan takaful kepada rakyat. Malah kerajaan mungkin sedar KOS RAWATAN PERUBATAN YANG SEMAKIN TINGGI yang perlu ditanggung oleh rakyat. Sehingga ada yang jatuh bankrap dan muflis disebabkan oleh hutang rawatan kesihatan.

Berikut adalah keratan akhbar berkaitan BAJET SEJAHTERA 2013.

Inilah kenyataan yang ramai masih tidak sedar, kita membanting tulang, mengerah keringat untuk menyimpan dan menabung simpanan untuk mengejar impian namun  kita tidak sedar dan terlupa untuk bersedia untuk sebarang musibah yang kita tidak tahu.

Ada beza insuran hayat, insuran kesihatan dan insuran kelompok. Jika tidak, masakan kerajaan dalam proses mengkaji untuk mewajibkan semua penduduk Malaysia mempunyai insuran kesihatan masa depan? Anda harus faham dengan jelas apa coverage setiap jenis insuran ini.

Mungkinkah kerajaan mewajibkan insuran seperti negara-negara lain di Jepun dan US? Segalanya mungkin! Nah silakan…

Bersediakah kita untuk hari esok??? Terserah pada anda untuk menilainya. Apa yang pasti semakin ditangguh semakin tinggi nilai premium atau sumbangan anda!

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

2 thoughts on “Pembentangan Bajet 2013

  1. Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia

    Bankruptcy Laws untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrupt pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *