Kenapa ada limit 36 ini?
Ramai juga bertanya kenapa ada 36 sakit kritikal? Kenapa syarikat lain tidak ada? Semua cover je.
Bila orang tanya begini, saya pun tertanya, adakah tuan puan bertanya kepada semua syarikat takaful insuran tentang jenis-jenis sakit kritikal termasuk dalam perlindungan?
Sebenarnya jenis-jenis sakit kritikal ini adalah standard, semua syarikat takaful insuran di Malaysia follow senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM). LIAM lah yang mengeluarkan garis panduan kepada semua.
Critical Illness Definition & List by LIAM
Boleh lawati disini https://www.liam.org.my/index.php/library/guidelines/critical-illnesses.
Jadi jika ada yang claim ada takaful insuran yang cover semua penyakit kritikal tu, pesanan kami berhati-hati sahajalah.
Semoga dipermudahkan.
Leave a Reply