Bagaimana Menggunakan Medical Card Untuk Kemasukan Hospital

BagaimanaGunaMedicalCard

Saya dapati ramai orang menulis tips tentang Bagaimana Memilih Kad perubatan Hospital.

Jarang saya jumpa post yang berkaitan Bagaimana Menggunakan Kad Perubatan.

Jadi post kali ini saya akan kongsikan berkaitan bagaimana proses kemasukan menggunakan medical card.

Sekadar peringatan, bukan semua insurans plan adalah plan kad perubatan. Sila pastikan plan takaful/insuran anda adalah plan kad perubatan. Ramai juga yang masih samar perbezaan jenis insuran. Bukan semua plan cover bil hospital, bukan semua plan ada investment. Tiada plan All In One 100%!

Berikut adalah langkah2 untuk mengunakan medical card.

LANGKAH #1: BILA KITA FIRST TIME BARU MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN

  1. Apabila kita menghadapi masalah kesihatan. Pertama sekali kita harus memastikan jenis masalah berkenaan. Kita kena faham bukan semua jenis sakit boleh claim dengan Medical Card.
  2. Saya sarankan sebolehnya berjumpa doktor di klinik biasa berdekatan terlebih dahulu.
  3. Berdasarkan pandangan doktor klinik berkenaan,
    1. Jika dinasihatkan berjumpa pakar
      1. bermakna sakit anda mungkin agak sirius. Bawa bertenang.
      2. Tindakan: Sila mohon doctor buatkan Refer Letter ke hospital bagi rujukan ketika jumpa doktor pakar nanti.
    2. Jika dinasihatkan untuk dapatkan rawatan biasa
      1. bermakna sakit kita tidak/belum sirius, boleh dirawat dirumah sahaja.
      2. bermakna anda jimat, sebab jika anda terus berjumpa pakar berkemungkinan rawatan sama juga diberikan. Namun anda dikehendaki bayar 3,4 kali ganda mahal daripada klinik biasa. Bil ini tidak ditanggung oleh plan kad perubatan anda. HANYA BILA MASUK WAD LEBIH 6 JAM SAHAJA (>6 H) ditanggung.
      3. Tindakan 1: Anda balik dan ikut rawatan yang dicadangkan telebih dahulu.
      4. Tindakan 2: Sila simpan resit bayaran. Tujuannya ialah sekiranya sakit melarat, ada kemungkinan anda perlu admit juga akhirya. Jadi semua bil perubatan klinik yang berkaitan sebelum masuk admit akan ditanggung oleh medikal kad. (Dalam tempoh 30 – 90 hari sebelum) Call saya untuk penjelasan +6016-9212092.

LANGKAH #2: BILA PERLU RUJUK KEPADA PAKAR

  1. Sebelum berjumpa pakar, sila pastikan telah maklum pada ejen kad perubatan anda tentang masalah/penyakit yang dihadapi. Ejen akan update apa yang perlu dilakukan.
  2. Sila standby duit poket dalam dua, tiga ratus. Just in case apa2 hal.
  3. Sila bawa Refer Letter daripada klinik biasa JIKA ADA.
  4. Ketika berjumpa doktor pakar
    1. Kemukakan Refer Letter berkenaan kepada Doktor Pakar ketika berjumpa.
    2. Penting: Maklumkan keadaan penyakit dengan jelas, bagaimana keadaan terkini, bila simptom bermula, rawatan yang pernah dibuat. Call saya untuk penjelasan +6016-9212092.
  5.  Berdasarkan pandangan Doktor Pakar berkenaan,
    1. Jika dinasihatkan untuk masuk wad
      1. Maklumkan anda ingin menggunakan Medical Card
      2. Biasanya doktor akan arahkan nurse dapatkan maklumat lanjut berkaitan takaful/insuran anda.
      3. Jika kemasukan terus biasanya pihak nurse/hospital akan memohon Initial Guarantee Letter daripada syarikat takaful.
      4. Penting: Kemudian sila maklumkan kepada agent berkaitan saranan kemasukan ke hospital. Agent akan follow up permohonan Initial GL anda dengan syarikat takaful untuk memastikan proses berjalan lancar.
    2. Jika dinasihatkan untuk rawatan lanjut/pemeriksaan, tidak perlu masuk wad
      1. bermakna masih dalam fasa mengenal pasti penyakit. Namun disebabkan anda disaran pemeriksaan lanjut, anda boleh mohon refer letter daripada doktor pakar yang merawat untuk buat pemeriksaan di Hospital Kerajaan untuk kurangkan kos. Biasanya doctor sedia maklum kos pemeriksaan tidak ditanggung syarikat takaful/insuran.
      2. bermakna anda terpaksa membayar dahulu kos sekarang kerana ia tidak akan ditanggung oleh Kad Perubatan, melainkan ianya dilaksanakan ketika dalam wad.
    3. Jika dimaklumkan sakit biasa, tidak masuk wad
      1. bermakna anda memang kena bayar sendiri kos rawatan/consltation berkenaan. Tidak boleh claim.

Sila faham untuk menggunakan medical card juga harus melepasti Tempoh Menunggu 120 Hari.

Begitulah sedikit tips bagaimana menggunakan menggunakan medical card ketika memerlukan. Semoga bermanfaat.

Penafian: Ini adalah saranan peribadi, tiada bersangkut paut dengan sesiapa, dan mana-mana syarikat insuran termasuk Takaful PruBsn dan Prudential. Sila rujuk ejen masing-masing untuk panduan lebih lanjut.

Tip Penting Menggunakan Medical Card

Tips-Menggunakan-Medical-Card

Siapa pernah guna medical card? Mesti ada yang tak pernah guna. So kali ni nak share tips sikit tentang apa yang anda kena buat sebelum menggunakan Medical Card korang tu. Rasanya tips ni mesti ejen anda pernah share berkali-kali. So siapa yang lupa tu mari kami kongsikan

Tips menggunakan Medical Card!

  1. Sebelum anda ke hospital pakar, jemputah ke klinik dahulu
    • Aik!? Dah ambil medical card suruh kita pergi klinik pulak? Dah tu buat apa ambil medikal kad? Maaf. Tujuannya jemput ke klinik adalah untuk memastikan kondisi kita memang memerlukan untuk dimasukkan ke wad.
    • Jika kita terus pergi ke hospital pakar, dan doktor pakar sahkan kita tak perlu admit, maka terpaksa keluar duit poket sendiri untuk membayar bil.
    • Medikal kad kebiasaannya hanya boleh digunakan bila kita confirm warded lebih dari 6 jam. Selain itu lebih baik rujuk kepada ejen atau pihak insuran terlebih dahulu tentang coverage. Kemalangan juga boleh terus ke hospital dengan kondisi tertentu.
  2. Jika doktor tanya, JANGAN JAWAB TAK TAHU!
    • Jika kita mengalami masalah kesihatan. Pasti ada simptom2nya. Kat bahagian mana, bila mula rasa perubahan.
    • Kalau sakit belakang, mesti ada jawapan bila mula sakit, macam mana boleh sakit.
    • Jika baru kena, jawab ajelah baru semalam ke, baru minggu ni ke. Sebab jatuh, sebab dilanggar dan lain-lain.
    • Kalau kita jawab tak tahu, doktor mungkin akan tulis UNKNOWN, maka proses penyiasatan oleh syarikat insuran akan menjadi lebih panjang.
    • Walau pun anda sudah sign up 3,4 tahun, boleh jadi anda sudah mempunyai sakit berkenaan sebelum anda sign up insuran lagi.
    • Jadi jawapan anda ketika bertemu doktor teramatlah penting.
    • Faham? Kalau tak faham tak tahu lah. Hehehe.
  3. Jika doktor beritahu perlu warded, MINTA REFERAL LETTER
    • Jika doktor di klinik maklum kena warded, mintak terus refered letter. Cakap nak guna medikal kad.
  4. Sila SIMPAN RESIT KLINIK
    • Kadangkala berlaku kes, 2, 3 kali anda terpaksa berulang alikke klinik. Kemudian baru warded. Jika admission warded itu sama berkaitan dengan rawatan di klinik-klinik sebelum ini maka bil-bil sebelum ini boleh claim dengan syarikat takaful insuran.
  5. Jika rawatan disebabkan oleh kemalangan minta doctor tulis diagnose sikit kat belakang resit
    • Sesetengah insuran takaful ada manfaat claim balik bil disebabkan kemalangan.
    • Biasanya untuk kes kemalangan seperti kena minyak panas, jahitan luka dan sebagainya yang tidak perlu warded di hospital.
    • Untuk claim memerlukan diagnos doktor yang ditulis dibelaang resit seperti berikut:
      • Cause Of Accident
      • Date & Time
      • Treatment
      • Sign & Stamp doktor yang merawat

Ok. Itu sahaja tips untuk kali ini terima kasih!

11 Tips Femes Jawab Panggilan Telefon Ejen Takaful Insuran

hellosayaagenttakafulinsuranceKorang mesti selalu stress bila berdepan dengan ejen takaful insuran yang selalu halo korang kan? Kadang-kadang mati akal dah nak bagi alasan apa kat agent berhati waja tu. Rasa nak lari tak cukup tanah dah!!! Bila dia call, ada je modal dia nak menjawab. Betul-betul peninglah.

Hari ni mari abang share beberapa jawapan meletop utk siapa2 nak jawab phone call agent takaful. Hari2 boleh tukar skrip tiap kali dia call.

Kepada agent2 diluar sana. Abang mintak maaf. Abang dah tak boleh simpan rahsia ni lama2.

1) “Maaf bang saya ada sakit kronik. Terima kasih ya.”
Beritahu semua sakit kronik yang korang ada. Sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, semualah yang terfikir! Walau pun korang takde sebenarnya.Dia bukan tau pun.Confirm dia tak call balil sebab untuk ambil insuran ni kalau dah sakit biasanya tak lepas.
So diorang sure tak nak buang masa dah nak process kes korang.

2) “Maaf bang, saya tak kerja. Tak boleh nak bayar. Terima kasih ya.”
Dengan kata lain, tiada sumber pendapatan. Walau pun korang buat juta2 belakang rumah. Eh, jangan main2. Abang dah jumpa sepesis ni tau. Dia punya tawadoq, bila bercakap lowered abis. Tapi masyaAllah zuhud orangnya. Biasa org beriman dan kaya tak pakai jawapan macam ni.

3) “Maaf bang saya tak minat. Terima kasih ya.”
Full stop. Kalau agent tu tanya kenapa tak minat, korang cakap saya memang tak minat 3 kali. Walaupun sebenarnya korang minat. Biasa kalau korang dah ulang 3 kali tu dia paham dah. Kalau tak paham2 jugak tak tahu la. Biasanya orang tak minat ni ada 3 sebab no money, no need dan no trust! Tapi kalau ko menjawab jugak 3 ni, ada jawapan dia. Abang dah warning awal2. Hahaha.

4) “Maaf bang saya sangat2 sibuk. Terima kasih ya.”
Beritahu pada agent tu bahawa korang sangat sibuk.Cakap je la, anda memang tak sempat nak jumpa. Banyak outstation. Biarpun kerja kerani je tapi busy macam menteri.
Tapi jawapan ni tak kuat la. Sebab agent tu sure telefon balik. Agent bagus dia akan setia menunggu bulan jatuh ke riba tau. Kalau dia telefon lagi. Korang cakap je alasan sama. Kita tengok siapa menang. Korang menang atau agent menang. Kita tgk turun tak bulan tu ke riba. Hehehe.

5) “Maaf bang saya dah ada insuran kompeni. Terima kasih ya.”
Highlight sikit apa syarikat bagi. Terperinci. Bagitau sampai agent tu pulak nak join syarikat tempat korang bekerja. Berapa limit setahun? Siapa yang termasuk dalam perlindungan? Apa yang cover apa tak cover?. Kalau korang boleh bagi detail menunjukkan korang dah study habis plan perubatan syarikat, so maknanya korang memang cukup-cukup puas hati lah tu.Tapi biasanya plan syarikat ni ada expired kan? Sekarang ni confirm expired bila dah pencen lah kan? Dalam umur 65 tahun?. Nampak? Tak kuat sebenarnya jawapan ni. Sahih2 kalau ada pilihan, korang tak nak bayar kos rawatan hospital bila hari tua nanti kan? Ponat2 kijo siang malam, saving semua nak bayar bil hospital. Amacam?

6) “Maaf bang, saya tak percaya insuran ni. Banyak penipu. Tak apalah. Terima kasih ya.”
Jawapan macam ni memang cari pasal sebenarnya hahaha. Mesti dia akan tanya kenapa tak percaya? Pernah ada pengalaman sendiri ke? Boleh share? Puas la pulak korang nak cerita panjang. Sebab ramai agent yang jujur kat luar sana tu. Nanti nganga korang nak tolak offer bila diorg bukak file claim.

7) “Maaf bang, saya takde duit. Tak mampu nak bayar. Terima kasih ya.”
Biarpun duit dalam bank ada, setakat bayar bil RM50k-60k tu tu lepas sangat. Tapi alasan ni bagus sebab insuran ni long term. Komitmen jangka masa panjang. Kalau financial tak kuat rugi. So agent yang bagus pun dia akan filter kewangan korang dulu. Dia takkan paksa punya. Cuma rezeki tuhan bagi. So next time sure dia call lagi. Mana tahu tahun depan dah naik pangkat, naik gaji. So confirm nama korang dalam list jguak.

8) “Maaf bang, nanti saya tanya suami. Terima kasih ya.”
Jawapan ni pun bagus, patuh syariah. Biasanya agent sejuk hati dengar jawapan ni. Kalau agent newbie ni dah surrender lah. Tapi kalau dapat agent predator dia akan jawap balik,

“Akak amek medikal kad mesti abang suami setuju. Satu sebab akak bayar sendiri. Satu lagi sebab bila apa2 jadi pada akak selamat poket dia. Lagi pulak akak amek plan pampasan tinggi2, untung dia kawen laen nanti. So baik akak ambil untuk abang suami dulu, lagi bagus ambil dua2, win-win. Yelah masa susah kita tak tau…”

Tak ke haru 2 plan terus? hehehe.

9) “Maaf bang, nanti saya bincang dengan isteri. Terima kasih ya.”
Adoi bang. Abang jawab macam ni dengan ejen. Ketua keluarga jawab macam ni? Failed ni bang! Failed! Esok lusa sure dia cari abang balik!

10) “Maaf bang, nanti saya tanya mak abah dulu. Terima kasih ya.”
Adoi dik. Kalau macam ni punya prospek, memang boleh buat jadi calon suami atau isteri bagi agent. Susah nak cari orang macam ni skrg ni.
Memang akan kekal lama la nombor tu dalam phone agent tu. Silap haribulan nanti agent akan jadi follow kat FB atau IG.

11) “Maaf bang, insuran ni bukan haram ke?. Terima kasih ya.”
Ini jawab soalan dengan soalan. Bila korang tanya balik confirm sebenarnya korang berminat. Tapi kalau korang tak tanya korang sesat, korang rugi. Selamanya takkan
dapat ilmu takaful. Tak dapat ilmu apatah lagi benefitnya kan? So kalau nak suruh agent tu diam. Baik jangan tanya apa2. Nanti berdarah telinga. Banyak sebenarnya video
daripada pakar2 ilmu mualamalat islam tentang takaful.

MAAF

Perasan tak perkataan “Maaf Bang/Kak/Encik/Cik” tu? Maaf disini bukan kita buat salah pun. Tapi perkataan tu adalah “signal” untuk maklumkan dia supaya berhenti. Signal kita agak terganggu. Perkataan pendek, lembut tapi power dalam masa kita nak mintak dia end up conversation.

TERIMA KASIH

Perasan tak perkataan “Terima Kasih”. Boleh cuba praktikkan bila nak ending jawab panggilan agent tu. InsyaAllah masa tu dia dah cool down dah. Mesti dia taching sebab org hargai dia call. Kalau jawapan tu baik. Dia akan end up dengan baik. Kemudian sebenarnya agent-agent ni memang dah ditakdirkan terpilih hubungi kita. Mungkin kita perlu dengar dahulu apa yang nak disampaikannya.

Kalau ejen tu guna perkataan salam, maaf dan terima kasih, boleh dipertimbangkan jadi ejen kita tu.Sopan je. Macam boleh buat menantu.

…………………………….

So begitulah sharing kali ni. Maaf kalau ada salah silap, ini sekadar pengalaman yang dikongsi. Terima kasih kerana membaca. 😀

Sebenarnya LEBIH BAIK jumpa dan dengar dahulu tentang proposal takaful daripada kita cuba elakkan diri daripada agent. Biasanya agent selalu call untuk appointment pertama
sahaja. Next time dia akan follow up sahaja. Dia tak boleh paksa kita.

Agent takaful ada hak menyampaikan, anda ada hak untuk tahu dan buat keputusan.

Jumpa dan sedut ilmu sebanyak mungkin. Plan takaful adalah satu keperluan kepada semua.

JUMPA SAYA?
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
Atau terus isi form berikut http://bit.ly/1LYxR3P
SIAPA SAYA?
======================

1) Saya adalah perunding kewangan berdaftar.
2) Saya adalah perunding sepenuh masa.
3) Berpengalaman lebih daripada 3 tahun.
4) Berpengalaman dalam menguruskan kes claim
5) Menyediakan konsultasi secara PERCUMA.
6) Easy going person, tiada DESAKAN dan PAKSAAN untuk sign up.
7) Konsultansi saya PATUH SYARIAH
.
KONSULTASI PROFESSIONAL INI ADALAH IKHLAS PERCUMA.
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
Atau terus isi form berikut http://bit.ly/1LYxR3P

PruBsn CrisisCover: Plan Ketika Musibah

emailguru

“Bagaimana encik boleh bantu saya?”

Baru-baru ini saya menerima banyak feedback, dalam bentuk emel ataupun whatsap, dengan pertanyaan

“Bagaimana encik boleh bantu saya?”

Masalahnya, bila  musibah telah berlaku. Bagaimana saya mahu bantu, saya pun tidak tahu. Apa yang boleh saya bantu ketika sudah berlaku musibah adalah mencari saluran-saluran sedia ada. Apa yang terjadi sudah terjadi. Sekiranya bantuan melalui takaful insuran, kena lihat atas jenis sakit. Kalau biasa-biasa sahaja. Masih boleh sign up polisi, jika sakit kritikal. Maaf tak boleh buat apa dah.

Kepada mereka yang bekerja makan gaji, kita mungkin boleh bermula dengan majikan anda. Semak sekiranya terdapat insuran untuk kakitangan yang boleh diusahakan bagi membantu anda.

Kemudian kita boleh semak balik dengan KWSP, SOCSO dan persatuan sekerja. Biasanya mereka juga boleh membantu anda. Tak silap saya, saya pernah bersembang dengan seorang pesakit buah pinggang yang mendapat bantan SOCSO kerana telah mencarum lebih daripada 10 tahun. Sila refer kepada mereka untuk maklumat lanjut.

Jika anda seorang guru, mungkin ada persatuan2 guru atau badan2 professional yang anda turut serta, yang biasanya mempunyai insuran untuk ahli.

Sebagai orang seorang muslim, mungkin Pusat Zakat boleh bantu juga.

BAGAIMANA SYARIKAT TAKAFUL & INSURAN BOLEH BANTU?

Kami di PruBsn atau mana2 syarikat insuran, biasanya boleh bantu jika tuan / puan telah menjadi ahli keluarga kami. Maksud saya, anda telah memenuhi syarat dan mengambil takaful / insuran dengan kami.

Mungkin ramai pernah dengar,

“DAH SAKIT TAK BOLEH AMBIL INSURAN”

“INSURAN COVER ORANG YANG SIHAT JE”

Sebenarnya, ia tidak benar sepenuhnya. Kalau setakat pernah demam selsema, takkanlah tak boleh ambil pelan takaful?  Kalau pernah kemalangan tak boleh ambil pelan takaful? Untuk kepastian sila hubungi saya +0169212092.

Jangan dengar orang sembang kencang diluar sana.

PRUBSN CrisisCover

Sekiranya tuan/puan berminat suatu plan yang mempunyai ciri berikut:

  1. Tiada medikal kad (sebab syarikat tempat anda bekerja dengan kerajaan / syarikat anda dah sediakan)
  2. Boleh bantu, ketika ditimpa musibah iaitu disahkan mengidap salah satu sakit kritikal.

Kami syorkan plan PruBsn CrisisCover.

 

Sila download brochures Download

 

Tutorial Pembayaran Sumbangan Takaful Melalui Maybank2u.com.my

Biasanya saya akan mengesyorkan kepada bakal pelanggan untuk melakukan pemotongan melalui akaun bagi membayar sumbangan takaful setiap bulan.

Potongan bulanan menjadikan proses pembayaran lebih mudah dimana tidak perlu beratur di kaunter dan mengelakkan kita terlupa untuk membuat pembayaran.

Tetapi kadangkala ada pelanggan yang suka menguruskan pembayaran sendiri atas sebab-sebab tertentu. Jadi sebab itu saya ingin berkongsi bagaimana membuat pembayaran melalui maybank2u.

Pembayaran sumbangan Takaful PruBsn sebenarnya boleh dilakukan melalui beberapa cara:

  1. Pembayaran di kaunter
  2. Potongan Autodebit
  3. Potongan Kad Kredit/Debit
  4. Online Banking – Maybank2u / Cimb Bank

Tutorial ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk membuat pembayaran melalui Maybank2u.com.my

Maybank-logo

Langkah 1 – Login ke akaun anda.

1-M2u-LoginLangkah 2 – Klik pada pauta Accounts & Banking

1-M2u-Klik-Accounts-n-Banking

Langkah 3 – Klik pada pautan Bill Payment

1-M2u-Klik-Bill-Payment

Langkah 4 – Klik pada pautan Make a one off payment

1-M2u-Klik-Make-a-one-off-payment

Langkah 5 – Klik pada listbox, cari Insurance & Takaful

1-M2u-Select-Insurance-and-takafulLangkah 6 – Klik listbox, cari Prudential Bsn Takaful atau Prudential Assurance Malaysia Berhad

1-M2u-Select-PruBsnl

Langkah 7 – Masukkan maklumat Amount dan Policy Number. Sekiranya anda pemegang polisi Takaful nombor polisi bermula dengan nombor 9xxx xxxx, manakala pemegang polisi insuran Prudential bermula dengan nombor 3xxx xxxx. Kemudian tekan butang Continue.

1-M2u-Fill-payment-details

Langkah 8 – Sila klik Request TAC Number bagi mendapatkan nombor TAC melalui handphone anda.

1-M2u-request-tac

1-M2u-request-tac2

 

Langkah 9 – Nombor TAC anda akan sampai melalui telefon bimbit anda. Sila salin nombor TAC dan isi ke ruang TAC.

1-M2u-tac-received

1-M2u-Fill-tacLangkah 10 – Selepas itu terus Continue sehingga lah proses keseluruhan berjaya!

 

Bangunan baru Kuantan Medical di Centre Indera Mahkota Kuantan, Pahang bakal dibuka!

Akhirnya bangunan hospital baru Kuantan Medikal Centre (KMC) akan dibuka pada 24 November, 2014!!! 1959521_10152499840652205_1278950454351374178_n

Apakah Talian Hayat Kita?

Tiada yang dapat menandingi kasih sayang seorang ibu. Apa saja sanggup dilakukan oleh seorang ibu demi anaknya yang tercinta. Adakah kita sanggup melihat ibu bapa berkorban untuk kita setelah mendidik kita sedari kecil?

Adakah kita sanggup berhutang dengan adik beradik dan saudara mara untuk bil perubatan kita?

Adakah kita sanggup menggadaikan segala harta hasil penat lelah selama ini sekelip mata demi menanggung kos rawatan kita?

Adakah kita sanggup melihat anak dan isteri berhempas pulas berikat perut mencari dana perubatan kita?

Apakah jenis Talian Hayat pilihan kita?

Adakah kita yang masih sihat dan cergas hari ini tidak mampu berbuat sesuatu? Maka mampukah kita kemudian hari?

20141012-HM-Ibu-diburu-tiga-along-bayar-hutang-ubat-anak

Adakah kita yang masih sihat dan cergas hari ini tidak mampu berbuat sesuatu? Maka mampukah kita kemudian hari?

Kisah Puan Rogayah ini patut diambil sebagai iktibar kepada kita semua betapa musibah boleh berlaku bila-bila masa.

Sesungguhnya jika kita merancang yang terbaik untuk berjaya dalam karier, jika kita merancang yang terbaik untuk pendidikan anak-anak, jika kita merancang yang terbaik dalam segala impian kita, maka kita harus tidak lupa merancang yang terbaik dalam plan perubatan kita.

Walaupun tidak pasti berlakunya musibah dalam kehidupan kita, tetapi jangan diremehkan kepentingan bajet perubatan dalam plan kewangan kita. Kita tidak tahu kegunaannya kemudian hari.

 

…………………………

Call/ sms/ Whatapps kami untuk perkongsian ilmu takaful:

Ghazali: 016.921.2092

Hidayah: 016.466.2092

PruBSN Takaful Servicing Agent

 

 

Database Soalan Perunding Takaful PruBSN

Bila dikenang2 kembali, bukan mudah nak bermula sebagai Perunding Takaful ni.

Banyak cabaran perlu ditempuh bagi mendapatkan ilmu sebagai Perunding Takaful.

Agensi memainkan peranan utama untuk membina satu sistem yang terbaik bagi menyokong perkembangan Perunding Takaful yang baru bermula dalam industri.

Tanpa sistem yang kuat, impian sebagai Perunding Takaful tidak akan berjaya.

Cabaran Perunding Takaful berjaya bermula dari mengubah Mindset diri sendiri agar lebih positif, lebih berkeyakinan, lebih komited terhadap setiap aktiviti Perunding Takaful.

Kemudian diikuti pula oleh Skillset, dimana keperluan kepada mengasah kemahiran diri dalam bercakap, keterampilan, strategi pemasaran bagi menarik dan mendapatkan peserta Takaful.

Ditambah pula dengan Toolset yang perlu bagi memudahkan promosi produk takaful itu sendiri.

Selain itu pengetahuan terhadap pelbagai jenis produk Takaful juga penting bagi meluaskan lagi peluang mendapatkan peserta Takaful mengikut keperluan mereka.

Perunding Takaful juga bertanggung jawab melengkapkan pengetahuan diri dengan sistem perkembangan seorang Perunding Takaful. Dari seorang ejen biasa, kepada UM1, UM2, Manager dan seterusnya. Pengetahuan berkaitan career path ini penting bagi memudahkan kita menetapkan matlamat yang jelas sebagai seorang Perunding Takaful.

Tetapi, jika semuanya diletakkan terhadap agensi bagi memberi input kepada semua Perunding Takaful, sudah pasti akan ada yang tertinggal, lebih-lebih lagi outstation ejen yang tidak selalu berada di office.

Semasa saya bermula dahulu, saya menghadapi masalah sebegini. Kerap kali ada soalan yang perlu ditanya pada Perunding Takaful yang lebih senior. Setiap kali jawapan diberikan  pada saya perlu direkod bagi memudahkan rujukan oran lain pula.

Bayangkan setiap kali ada ejen baru, pasti akan bertanya soalan yang sama. Sedangkan kita boleh simplifykan kerja dengan mewujudkan sebuah database soalan.

Oleh itu, saya fikir ini adalah inisiatif saya bagi membantu diri saya kemudian hari. Saya ingin menjemput tuan/puan yang baru menyertai sebagai ejen Takaful PruBSN untuk menggunakan servis ini. Tidak kira siapa anda dan agensi anda, mari kita cuba ajukan soalan dan berkongsi penyelesaiannya disini.

Database Soalan Perunding Takaful PruBSN – Perlu saya ingatkan disini, ini adalah sekadar inisiatif kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan dan maklumat yang tidak tepat. Anda boleh bertanya dan menyumbang penyelesaian isu orang lain. Maka pastikan sumber dan rujukan yang terbaik diperolehi terlebih dahulu.

Kos Pembedahan RM150,000. Adik Ilyas perlukan bantuan segera!

Mari kita bantu adik Ilyas yang mengidap penyakit Biliary Atresia (hempedu)! Anda boleh terus salurkan bantuan ke akaun yang tertera.

20140911-Sinar-Saya-Tak-Cukup-Masa-Lagi

Pernah salah seorang client kami share keratan 2 bil hospital, satu bil bernilai RM60,000 dan satu lagi RM80,000. Bil itu adalah rawatan untuk 2 minggu sahaja! Kedua-dua bil berkenaan adalah untuk orang yang sama, iaitu anak sahabat kepada client saya berkenaan yang baru berumur 5 tahun. Tidak silap saya beliau mengidap penyakit barah hati.

Pernah salah seorang client kami share keratan 2 bil hospital, satu bil bernilai RM60,000 dan satu lagi RM80,000. Bil itu adalah rawatan untuk 2 minggu sahaja!

Bil itu memberi impak kepada client dan kepada kami betapa tingginya kos perubatan yang mungkin boleh kita hadapi pada bila-bila masa. Kami juga sering berkongsi dengan semua agar lebih ramai bersedia dan merancang untuk menghadapi musibah mendatang. Kepada kami perunding kad perubatan takaful, ia menjadi motivasi bagi meneruskan perjuangan kami untuk terus memberi awareness, info dan seterusnya memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan kami. InsyaAllah.

P/S: Sekiranya anda memerlukan bantuan bagi menyiarkan iklan memerlukan bantuan sebegini. Boleh terus hubungi kami melalui talian dibawah. Kami akan cuba membantu.

…………………………

Call/ sms/ Whatapps kami untuk perkongsian ilmu takaful:

Ghazali: 016.921.2092

Hidayah: 016.466.2092

PruBSN Takaful Servicing Agent