“Insuran dengan Takaful sama jer penipu!!…Insuran dan Takaful agen masanak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal, SUSAH!”.
Kenyataan negatif ini sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya, yang saya sebagai agen PruBSN Takaful pada awal pembabitan saya.
Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan insuran atau takaful ini.
Pada pengalaman dan pengamatan saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya menghapus kepercayaan mereka terhadap insuran/takaful.
Jadi, di sini izinkan saya berkongsi kepada kepada anda mengenai perkara-perkara yang menjadikan anda tidak mendapat claim dari syarikat Takaful.
Antara Sebab Utama adalah…
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan. Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Seperkara lagi, kalau policy dah LAPSED, dan anda hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau ler anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period, memang TIDAK BOLEH nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Ia menyusahkan anda kalau jadi apa2 pada masa tersebut. Jadi, pastikan jangan sampai polisi anda lapsed!
2. Manfaat TIDAK ADA Di dalam Polisi
Ramai yang bertanggapan bahawa apabila mereka ada Takaful, mereka dengar agen cakap, “Semua Cover”… dan mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada”….tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan “MEDICAL CARD” seperti ini :
Yang baru seperti ini
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?….bayangkan…lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?….kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4. Non-Disclosure (Gagal mengisytiharkan penyakit sedia ada)
Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.
5. Penggunaan manfaat Hospital & Pembedahan telah melebihi had ditetapkan
Sebagai contoh had tahunan bagi setiap polisi Hospital & Pembedahan ada RM50k dan had seumur hidup adalah RM500k. Bil yang dikenakan adalah RM70k, maka syarikat insuran/takaful akan membayar RM50k sahaja, lebihan RM20k lagi perlu dibayar sendiri oleh pesakit. Pesakit juga harus sedar pembayaran melalui kaedah co-takaful atau deductable baci mengelakkan salah faham kemudian hari.
6. Waiting period (Tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (enforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Tempoh menunggu bagi Pelan Prudential BSN Takaful adalah 120 Hari
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik adalah 120 hari bermula dari tarikh polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
1- Serangan Penyakit Jantung
2- Trauma Kepala Utama
3- Strok
4- Kanser
5- Kegagalan Ginjal(Buah pinggang)
6- Pemindahan Organ Utama
7- Penyakit Lumpuh
8- Sklerosis
9- Hepatitis virus fulminan
10- Koma
11- Buta
12- Penggantian injap jantung
13- Kehilangan Tangan dan Kaki
14- Pembedahan Aorta
15- Alzheimer
16- Hilang pendengaran
17- Hilang Kebolehan Bertutur
18- Kebakaran Parah
19- Penyakit terminal
20- AIDS akibat transfusi darah
21- Penyakit motor neuron
22- Parkinson
23- Penyakit Hati yang kronik
24- Penyakit paru-paru yang kronik
25- Anemia Aplastik
26- Distrofi otot
27- Poliomeilitis
28- Meningitis Bakteria
29- Tumor Otak Benigna
30- Ensefalitis
31- Full Blown AIDS
32- Sindrom Apalik
33- Pembedahan Otak
34- Penyakit koronari yang kronik
35- Penyakit koronari yang memerlukan pembedahan
36- Hipertensi arteri pulmonari
Macam mana perkara ini biasa terjadi? Sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi takaful berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, TIDAK BOLEH nak claim. Sebab tempoh menunggu tidak mencukupi.
Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.
Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.
Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospek … “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari alternatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.”
info yg sgt berguna..
salam,ingin bertanya bagi mereka yang telah di declare bankrup masih boleh ke mengambil insurance.apakah komplikasinya.
terima kasih
Bankrupt tak boleh.
Anak saya xdpt buat claim atas alasan non-disclosure.tak diclare penyakit masa isi borang…tapi saya submit borang pada awal jun 2014 dan anak ada admitted pada 28 jun 2014. Borang agen yang uruskan..pada 16 mac 2015 anak saya admitted skali lg sbb sakit yg sama and x boleh claim…alasan non diasclosure..adakah saya layak buat tuntutan semula sbb pada trikh borang diisi anak saya sihat walafaiat
Kes yang melibatkan non-disclosure memang akan bermasalah ketika claim.
Berdasarkan komen puan ini, saya dapati ada 2 isu:
1. Non Disclosure
Bila sign up memang wajib disclose sebarang medical history kepada ejen. Jika masa isi borang proposal tak declare, once company dapat tahu memang tak akan cover sampai bila2 sebab kes yang nan disclosure tu.
2. Waiting Period (120 Hari)
Medical card hanya boleh digunakan selepas Tempoh Menunggu.
Saya tidak boleh bagi jaminan layak atau tidak layak. Saya cadangkan bincang dengan ejen untuk berkaitan tuntutan Puan.
Salam, saya pernah buat claim tp xdapat sbb non-disclosure.borang saya submit pada awal june dan anak saya ada admitted pada 28 jun 2014.pada 16 mac 2015 sekali lg warded sbb sakit yg sama tp xboleh claim..boleh ke sy buat tuntutan semula kerana masa borang diisi dan disubmit (urusan agen) anak saya sihat.
Wsalam,
Sekiranya pernah claim tapi tak lepas disebabkan non-disclosure. Kemungkinan besar tak dapat claim juga untuk second warded tu. Sakit apa ya?
Tak pernah claim..yg ni 1st claim.tapi pernah warded sakit yang sama masa tu borang tengah proses.anak intusseception
Kalau dlm hempedu ad Batu leh insurn cover ke….
Cover.
hi.. kalau dalam hempedu ada batu.. boleh claim kah?
Boleh
saya ada ambil insurans takaful,,tiap bulan kene bankin kt cimb 70++,, sy kne byr smpai umo 50,, tp sy xdpt apa2 dokumen or medic card,,saya kena tipu ke??perlu ke saya tetap bayar kt bank??kalau saya x bayar sy blacklist ke??
Bukan kena tipu. Tetapi itu sekadar insuran biasa bukan medical card.
as salam….
num ahli:95876508 (full coverage)
tarikh daftar:30/12/14
kes: batu karang pada salur pundi kencing sebelah kiri (tak declare sebab masa tu takde tanda-tanda sakit)
admitted: 24 june 2015, discharged :27/6/15
operation: 1st laser session + masuk stand on 25 june 2015
2nd: admitted 1 day untuk keluarkan stand.
hospital: pusrawi kuala lumpur.
masalah yang sedang dihadapi:
GL declined
claim ‘warded allowance’ still pending.
-kisah bermula pada hari saya perlu admit utk kes yang tersebut. bila saya isukan hal ini pada agen saya, beliau sendiri tidak 100% membantu. request GL, pihak prubsn takaful decline.atas sebab biasanya kes batu karang adalah kes pre-existing (ambil masa utk develop). and mereka assume batu karang ini telah ada sebelum saya sign form tersebut. nasib baik company ada membeli insurans utk semua staff. oleh sebab saya tidak dapat guna kebaikan melalui insurans peribadi saya, saya bertindak utk claim back utk ‘warded allowance’. namun, timbul lagi isu lain di mana disebabkan kes ini seolah-olah sengaja melambatkan claim ini. malah agen memberitahu ada 4 benda yang utk pastikan claim ini berjaya.antaranya:-
1) rekod peribadi kesihatan saya untuk 3 TAHUN berserta details.
2) rekod kesihatan dari klinik dan hospital yang berdekatan.
3) buat questionare untuk kes ini.
4)…….tak ingat.
saya pernah mengutarakan isu ini pada agen saya tentang kenapa begitu rumit untuk proses claim balik. malah dengan angkuhnya beliau berkata, pihak prubsn boleh minta rekod kesihatan untuk 20 tahun kalau mereka mahu kalau result yang mereka dapat meragukan.
jadi persoalan saya,
-kenapa pihak prubsn bersetuju proceed form kalau benar saya ada pre-existing illness?
-mereka sendiri tidak pernah minta untuk buat official declaration illness.
-clause mana yang mengatakan automatik GL akan decline sedangkan tempoh matang 120 hari tamat?
– tidak explain details kenapa GL decline. malah agen sendiri tidak memberi penerangan secara terperinci mengenai pre-existing illness. jika ada, sila kemukakan bukti.
* untuk pengetahuan, claim masih belum approve.
19/10/2015
Saya ada seorang client mengidap kencing manis setelah disahkan oleh doctor. Beliau sudah sign uo dengan PruBsn selama 3 tahun. Alhamdulillah semua ok.
Kami kena lihat kondisi kes Puan bagaimana A to Z. Baru kita dapat bantu. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami.
mohon share untuk pengetahuan umum..
Boleh tuan. Dipersilakan.
Kalau asthma yang teruk sehingga boleh membawa maut adakah Insurance boleh cover?
Cuba mohon dan penuhi sebarang requirement yang diminta oleh syarikat takaful.
Semoga berjaya.
kalau saya ambil insurans maybank pa plus dan saya juga memang pemegang medical card prudential, adakah saya boleh claim kedua-duanya sekali? sebab saya difhamkan ejen prudential saya bahawa hanya satu insurans sahaja dpat claim tapi maybank ejen ckp still boleh apply dua2. apa pndpat bro on this matter?
Jika mempunyai banyak plan medikal card, hanya satu medikal card sahaja kita boleh diguna untuk claim bil rawatan.
Cth:
Ali mempunyai 3 medical card,
Medical Card Takaful A
Medical Card Takaful B
Medical Card Takaful C
Ali hanya boleh claim bil rawatan tonsilnya sebanyak RM10,000.00 daripada 1 medical card sahaja.
Kenapa setiap proposal insurans PRUBSN yg gagal akan mempengaruhi proposal insurans PRUBSN yg ke2 & seterusnya?
Permohonan yang gagal mesti ada sebab yang dinyatakan. Adakah sebab existing illness? Adakah sebab2 lain yang telah dinyatakan(declare/disclose)?
Jadi sebab2 ini akan mempengaruhi permohonan sekarang dan akan datang.
Adakah akan memberi kesan jika kita membuat proposal insurans dari com insurans lain seperti com AIA?
Saya kurang faham disini. Memberi kesan yang bagaimana ya?
Tuan boleh memohon mana-mana takaful/insuran, dan boleh memiliki lebih daripada 1 takaful/insuran.
Jika permohonan untuk takaful/insuran daripada kompeni A ditolak, anda boleh cuba dengan kompeni B. Tiada masalah.
Assalam tuan..26/9/16 ank sy 10 bln admitted disebabkn cyst di saluran hempedu dan memerlukan operation. Pihak insuran prudentialbsn takaful tlh decline GL dgn alasan penyakit tu pre existing. Sy start amik ins 13/1/16..ank sy lhir 19/11/16..agen sy mmg ade memklumkn pre existing tersrbut dan dlm polisi pun sy ade bace. Masalahnye mcm mn pigak ins blh putuskn itu adalah pre existing illness sdgkn pd bln feb 2016 ank sy ade buat ultrasound di hspital kerajaan dan peg perubatan mengesahkan anak sy tiada masalah dlman (ultrasound dibuat sbb ank pro long jaundice). Sy still mintak doc utk reissued the case pd phk insuran. Mohon nasihat dan kepakaran tuan.Sy brani dptkn rwtn di panel sbb sy yakin syarat 120 hari tlh lps dan ank mmg xde masalah sms lain melainkn pro long jaundice je.
Wsalam. Saya kurang pasti apa yg berlaku. Date puan bagi
26/9/16 anak puan admitted cys. GL decline
13/1/16 ambil insuran
19/11/15 anak lahir…
Kena rujuk balik report ultrasound berkenaan. Cuma kes cyst/ketumbuhan yg wujud biasanya mengambil masa yg lama. Saya setuju tindakan puan minta doc reissued pada syarikat insuran.
Salam.. saya mengambil polisi prudential sejak 2008. Smalam saya disahksn pembawa hepatitis b. Sekiranya berlaku apa2 berkaitan dgn penyakit saya, adakah insuran akan cover
Wsalam.
Jika disahkan mengidap selepas sign up takaful, insyaAllah cover.
Tapi sebaliknya jika disahkan mengidap sebelum sign up kebiasaannya bermasalah.
Assalamualaikum..
Di atas ada mengatakan jika ada banyak medical card hanya blh claim satu shj jika berlaku penyakit.
Tetapi jika berlaku kematian. Jika ada bnyk insurans, blh claim dari semua insurankah?
Adakah penyakit seperti stroke (pesakit sihat walafiat sblm ni) ada waiting period juga? Kerana stroke tiada punca, sudden death?
Jika berlaku kematian, boleh claim dari semua insuran.
Stroke tiada punca? Kolestrol tinggi salah satu puncanya.
Assalamualaikum..
Di atas ada mengatakan jika ada banyak medical card hanya blh claim satu shj jika berlaku penyakit.
Tetapi jika berlaku kematian. Jika ada bnyk insurans, blh claim dari semua insurankah?
Adakah penyakit seperti stroke (pesakit sihat walafiat sblm ni) ada waiting period juga? Kerana stroke tiada punca, sudden death?
Terima kasih untuk feedback Puan.
Claim ada 2 jenis
1. Pampasan
2. Bil Perubatan Hospital
Claim pampasan boleh lebih daripada 1 insuran.
Claim bil perubatan hospital, hanya boleh daripada satu insuran / satu medical card sahaja. Ini kerana bil / resit rawatan hanya keluar satu sahaja daripada hospital. Panduan ini daripada Bank Negara Malaysia.
Tq
Salam. Kalau ada existing illness, memang dh x boleh sign up medical card ke? Macam mana company tu akan pastikan client xde pre-existing/existing illness sblum sign up?
Tertakluk kepada existing illness yang bagaimana. Cth kalau ada G6PD, masih boleh ambil. Kalau ada gatsric, masih boleh ambil tapi exclusion gastrik. Kalau ada hernia, masih boleh ambil tapi exclusion hernia berkenaan.
Saya cadang cuba dulu. Jangan putus asa lagi.
Assalamualaikum .. Dulu saya eksiden 1 tahun lepas ( patah kedua2 tulang betih ) tetapi .. saya tidak boleyh claim .. apa tindakan saya
Kenapa tidak boleh claim? Tuan ambil insuran apa? Kemalangan berlaku bagaimana?
Salam, bolehkan saya mendapat insurance medical card utk isteri apabila telah mengandung 2 bulan? Saya tak pernah ada insurance.
Boleh. Tuan boleh cuba hubungi saya 0169212092.
Assalamualaikum…sy amik insuran prudential dan ad medical card… klu bulanan sy x byr selama 3 bulan adakah insuran tebatal secara automatik? duit simpanan selama 5 tahun lebih boleh ambil tak?
Wsalam. Tak semestinya insuran puan terbatal jika tak bayar 3 bulan. Jika saving puan ada banyak, mungkin insuran puan masih aktif lagi. Boleh semak di PruBsn dahulu.
Endoplas boleh buat tuntutan penyakit kritikal untuk pampasan?
Adakah masalah Endoplas ini kongenital? Jika kongenital tak cover. Tqvm.
Salam tuan… Saya nak kasi satu senario…sy isi borang insurance 14oct n polisi lulus 16nov16…waiting period 120 hari kan…sy telah di sah kn kanser pada 27Nov dan sudah lalui rawatan kimo di hospital kerajaan 7Dec haritu.. Boleh ke sy menerus kn rawatan seterus nye mengguna kn kad medical insurance apabila waiting period 120 hari tu habis..atau memang sy sudah x layak..harap tuan dpt beri penjelasan
Wsalam tuan.
Untuk kes tuan ini. Jika masih lagi dalam tempoh waiting period, saya cadangkan mohon bantuan ejen untuk berurusan dengan syarikat.
Berdasarkan pengalaman saya, dalam kebanyakan penyakit, jika penyakit berkenaan genuine baru tahu, ada peluang untuk cover. Tetapi kebiasaannya sudah ada simptom penyakit cancer berkenaan yang menjurus kepada tidak cover. Sebab cancer biasanya mengambil masa yg lama.
Assalam..blh thu kalau 3thn lps pernah leher sy bengkak tp xrase sakit pun..then pegi jmpa doktor.buat ujian biopsil and tibi pun negatif..doktor xdpt sahkan penyakit apa…cuma doktor pesan klau rse sakit dtg jmpe blk..tp smpai skrg sy rse tak sakit pun….jdnye..blh thu kalau sy amik medical card ni skrh then ditkdirkanla 2 thn lg tetiba sy rse sakit(tp mtak dijauhkan la) ,insurans akan cover tak?mohon pencerahan..
Wsalam.
Kalau baru nak ambil, kena declare sakit berkenaan. Bila declare, kemungkinan tak cover.
Terima kasih.
salam.. jika saya mengalami ovarian cyst ketika hamil dan terpaksa dibuang dengan segera. adakah dapat cover insurance?
Wsalam.
Cyst ni cover. Tp nak buang segera ketika hamil saya tak pasti kerana kemungkinan risiko kepada kandungan. Sebarang rawatan kehamilan tak cover.
Salam. Saya telah mengambil insurans pruBSN dengan full coverage sejak 18 May 2016. Walaubagaimanapun pada 11 November 2016 saya dimasukkan ke hospital kerana bacaan LFT saya tinggi dan selepas itu saya disahkan menghidap Hepatitis B. Setelah beberapa test dilakukan, doktor mengesahkan saya menghidap Acute Hepatitis B; yang bermakna saya baru mendapat jangkitan. Saya juga tidak pernah didiagnos dengan penyakit itu sebelum ini oleh doktor yang merawat saya di klinik-klinik yang saya pergi. Pada 16 Disember 2016 Saya pun membuat claim kepada syarikat insurans tapi saya dapat surat reply yang saya kena sertakan segala dokumen dan rekod2 perubatan dari semua klinik yang saya pernah mendapatkan rawatan hatta demam biasa sekalipun dari tahun 2008 hingga kini. Di samping itu saya juga kena menjawab questionaire, begitu juga dengan doktor yang pernah merawat saya.
Soalan saya, adakah begitu rumit untuk claim insurans? setahu saya, tempoh menunggu saya sudah pun lepas pada tarikh saya disahkan menghidap penyakit tersebut.
minta pencerahan.
Tuan Jack, proses untuk claim memerlukan masa. Ia melibatkan dana takaful semua peserta takaful yang terlibat. Maka ia adalah amanah besar bagi pihak syarikat.
Kebiasaannya proses claim untuk kes sebegini mengambil masa sedikit walaupun tempoh menunggu tuan sudah melepasi 120 hari. Kami pernah menguruskan peserta mengidap penyakit kencing manis juga melalui proses yang sama.
Kami bukan sokong sangat syarikat dan kami juga kalau boleh nak proses tu cepat tetapi berharap tuan bersabar dan apa yang penting bersama kita berdoa segala urusan berjalan lancar.
InsyaAllah.
Assalamualaikum
Tuan, saya ingin bertanya berkenaan had coverage umur untuk life insurance dan medical.Sekiranya insurans polisi kita bayar sehingga umur 75 tahun, dan kita jatuh sakit dan meninggal dunia ketika umur 78 tahun, adakah insurans akan masih lagi terpakai ketika umur 78 tahun atau hanya sehingga umur 75 tahun?
Terima kasih
Sehingga 75 tahun sahaja.
Ada sesetengah insuran, tahun expired medical card dan pampasan adalah berbeza. Mungkin medical card sehingga 70 tahun, tetapi insured(pampasan) cover sampai 80 tahun. So refer balik pada agent. Tq.
umur 66 tahun, Bolh ke insurance cover saya. Berapa premium d kenakan
Boleh. Umur maksima kemasukan adalah 70 tahun. Boleh hubungi kami http://www.takaful-insurance.com.my/request-for-quotation/
https://www.prubsn.com.my/ms/our-products/products/prubsn-takafullink/
Salam tuan..sy nk ty skit soalan..semlm sy bwk ank sy ke hospital sbb suhu bdn tggi..tp selepas dpt rawatn d kecemasan,anak sy di benar kn balik..so xkene tahan wad..jd bil yg saya byar di kecemasan td tu boleh claim insuran tak..t.kasih
Wsalam Tuan. Dalam kes ini kalau tak admit, tak boleh tuan. Terima kasih.
Salam tuan. sya ingin bertya soalan. sya ada ambik polisi insurans pruhealth pada tahun 2009. adakah polisi saya ini cover untuk penyakit kanser dan buah pinggang atau pon mna2 penyakit yg kronik.. ada agen kata cover, dan ada juga yg ckp tak cover..
mohon pencerahan dari tuan.terima kasih
Wsalam. Sepanjang pengetahuan saya kedua2 cancer dan dialisis ini merupakan penyakit kronik utama di Malaysia, maka ia antara penyakit yang termasuk dalam coverage mana-mana insuran. Kenapa pula tak cover?bsaya tidak menjual produk konvensional Pruhealth namun saya yakin ia cover.
Cth plan takaful Health Enrich Plus yg cover cancer dan kegagalan buah pinggang http://www.takaful-insurance.com.my/general/health-enrich/.
Harap membantu. Tqvm.
Salam tuan, sy ingin bertanya baru2 ni sy trlibat dlm satu kmalangn yg mngakibatkn saya patah 2 bhagian tulang femur dan patah hip.Bolehkah sy mndapat pampasan brdasarkan kcderaan yg sy alami krana sy tidak lagi mmpu untuk mmbuat pekerjaan yg sy lakukan skrg ttapi brdasarkn agen yg d lantik sy tidak layak mndapat pmpasan kerana tidak di dalam kategori cacat kekal dan mnyeluruh.
Wsalam Tuan,
Boleh atau tidak bergantung kepada keputusan penyiasatan MELAINKAN jelas kemalangan kecil yang tidak boleh claim. Tapi kena faham ya, claim ni ada dua, claim pampasan kemalangan dan claim bil perubatan (medikal card).
Pada hemat saya, cubalah claim dahulu. Kalau tuan diberhentikan kerja, bagi sekali surat termination tu.
Salam Tuan,
Sy ada ambil plan th2 untuk anak, dan ada ambil parent double income benefit. Sy ada buat claim utk critical illness (sbgai peserta) disebabkan sy kena kanser. Pihak insuran dh request medical report drp klinik, hospital yang berkaitan dan juga questionaire. Setakat dh nie dh peringkat kedua, biasanya brp peringkat baru tuntutan diluluskan atau sebaliknya. Andainya kalau lulus, adakah pembayaran manfaat dibayar secara bulanan atau lump sum?
Wsalam Tuan,
Semoga dipermudahkan segala urusan. Sepengetahuan saya, mmg agak mengambil masa bila melibatkan critical illness. Ada beberapa proses yang perlu dilalui bagi mendapatkan kelulusan claim. Sama seperti claim kemalangan kenderaan, akan ada prosidur yang perlu dilalui sblm claim diluluskan. Saya ada client yang disahkan kencing manis, beliau juga perlu melalui beberapa proses bagi mendapat kelulusan claim.
Berkaitan dengan kaedah pembayaran benefit “parent double income benefit”, saya kurang pasti buat masa ini tapi nanti saya akan update tuan semula. Tqvm.
Salam.. Jika sudah ada penyakit kronik sebelum mohon medical card, adakah medical tersebut akan cover penyakit kronik tersebut?
Tidak cover.
Assalam adakah saya layak menuntut elaun harian wad apabila saya dimasukkan ke dalam hospital akibt darah tinggi tapipada masa yang sama saya mengandung?
Kalau admission disebabkan mengandung tidak layak.
Kalau isteri saya keguguran 2bln mengandung. Beliau ada insurance medical card.
Boleh ke beliau buat tuntutan kalau d masukkn ke ward hospital
Untuk sebarang maternity complication tidak boleh.
Salam admin, sy ad sau soalan. Sy ada ambil takaful prubsn untuk anak sy seawal usia 4 bulan.anak sy disahkan G6PD sejak lahir lg.smsa sya submit untuk takaful ni sy dh maklumkan kpd agen penyakit anak saya ni..tpi agen x minta sy buat medical checkup@declare sakit anak sy. Dlm polisi pun tidak dinyatakan G6PD..adakah insurans akan cover jika anak sy warded disebabkan G6PD?
Suppose kena declare. Namun kebiasaan sebelum ini, G6PD penyakit tidak berbahaya dan mereka yang mengidap tiada masalah untuk ambil medical card.
Salam..
Tahun 2010 dulu saye ade joint takaful & baya tiap2 bulan dlm.jangka masa 6 bulan mcm tu. Lepas tu sye stop baya sampai sekarang. Duit simpanan selama 6 bulan tu boleh di tuntut balik x?
Wsalam. Sila ke branch syarikat takaful tuan dan buat semakan. Terima kasih.
salam tuan..
saya ambil insurance prudential bsn takaful pada bulan november 2016..dan pada 1.8 2017 disahkan ada batu dalam hempedu saya.. adakah pihak insurance cover penyakit ini?
Wsalam,
Jumpa pakar, buat checkup dan mohon GL. Semua bergantung report doctor kepada underwriter. Pernah ada kes tak sampai setahun cover kos, tetapi genuine kes lah. Semua bergantung kepada report doctor.
Assalam…suami seorg tentera ada mngambil insuran takaful kelompok…nama sya ada jga dlm insuran tu…skarang sya mghapi pnyakit kronik yg perlu sya mnjalani dialisis…suami msuk insuran sblum sya ada pnyakit…layak ke sya untuk tuntut bayaran insuran…
Wsalam. Adalah lebih baik puan bawa polisi ke cawangan syarikat insuran puan untuk buat rujukan yang lebih tepat. Terima kasih.
Assalam…suami seorg tentera ada mngambil insuran takaful kelompok…nama sya ada jga dlm insuran tu…skarang sya mghapi pnyakit kronik yg perlu sya mnjalani dialisis…suami msuk insuran sblum sya ada pnyakit…layak ke sya untuk tuntut bayaran insuran…sya nak tnya jga adakah sya dalam ketegori keilatan kekal seluruh tubuh bdan?
Wsalam. Adalah lebih baik puan bawa polisi ke cawangan syarikat insuran puan untuk buat rujukan yang lebih tepat. Terima kasih.
salam..sy bawa suami ke klinik sebab ada satu ketulan di dada..ketulan tu dah sakit sgt..doc ckp mgkin lipoma..jika terlalu sakit perlu dibuang..adakah insuran prubsn cover kos pembedahan ni..saya agak susah hati fikirkan benda ni…insuran suami dah hampir 4tahun..
Wsalam. Mohon rujuk kepada ejen puan.
Cancer – of specified severity and does not cover very early cancers
Any malignant tumour positively diagnosed with histological confirmation and characterized by
the uncontrolled growth of malignant cells and invasion of tissue. The term malignant tumour
includes leukaemia, lymphoma and sarcoma.
For the above definition, the following are not covered:
(a) All cancers which are histologically classified as any of the following:
– pre-malignant
– non-invasive
– carcinoma in situ
– having borderline malignancy
– having malignant potential
(b) All tumours of the prostate histologically classified as T1N0M0 (TNM classification)
(c) All tumours of the thyroid histologically classified as T1N0M0 (TNM classification)
(d) All tumours of the urinary bladder histologically classified as T1N0M0 (TNM
classification)
(e) Chronic Lymphocytic Leukaemia less than RAI Stage 3
(f) All cancers in the presence of HIV
(g) Any skin cancer other than malignant melanoma
https://www.prubsn.com.my/export/sites/prudential-pbtb/.galleries/PDF/36_critical_illness_eng.pdf
Hi , mo tanya, wajib ka kita diclose insurans sedia ada semasa mgambil polisi yg lain ( masa mgisi borang cadangn) Cthnya sy asal ada AIA pd 3 tahun lpas, lepas itu sy ambil prudential lg, mean ada 2 company dah.
Oleh kerana i trlupa diclose insurans sedia ada, ada ka ia mberi kesan policy prudential yg baru amik
Better u disclose kepada insuran sedia ada.
assalam . kalau kita lewat bayar 3 bulan insurans akan cancel ke? boleh buat rayuan?
Wsalam. Ia bergantung kepada jenis plan dan tempoh plan polisi puan. Jika ada investment ia membantu.
Tuan,jika sblm ambil takaful pelanggan pernah ada sejarah diabetes tapi x nak declare,dan kemudian meninggal disebabkan diabetes tu,takaful cover tak kematian tersebut?
99% tak cover.
Anak saya mengambil insuran sudah 2 tahun..baru-baru ini dsahkan phimosis..dan perlu bersunat.insuran cover tak ye?terima kasih
Maaf bersunat tak boleh.
Apakak kesan jika kita tak declare pnyakit yg kita ada..
2)slpas stahun kita amik medical cad…baru tringat nak declare pnyakit yg sedia..boleh tak
1. Non Disclosure
Kalau tak declare, kemudian hari andai kata prubsn dapati penyakit wujud sebelum sign up. Kemungkinan tak boleh claim.
2. Lambat disclose
Adalah lebih baik. Sekurang-kurangnya cuba berlaku jujur. Kelebihannya prubsn akan semak penyakit tu macam mana. Risiko tinggi atau tidak. Polisi puan sama ada naik harga (loading) bagi menampung sakit sedia ada, atau exclusion (tak cover sakit berkenaan) atau terminate terus. So minta bantuan ejen puan assist.
Terima kasih kerana bertanya.
Assalamualaikum . Boleh disclose smoking status selepas ambil polisi ? Premium akan bertambah ke?
Situasi start merokok selepas ambil polisi
Boleh. Kalau bertambah pun sedikit.
Salam…
Nak Tanya…
Suami saya Ada mengambil medical card prubsn + simpanan…
Bulanan rm280
Baru2 ini suami saya terlibat dgn kmlgn jln raya balik dr surau, tanpa melibatkan kenderaan lain, dr xcdnt tersebut , suami saya patah tulang bahu + tulang rusuk Kiri no.5 serta berlaku pendarahan di kepala yg terpaksa dibedah segera tempurung kepalanya untuk buang pendarahan tersebut…
Suami ditahan di wad ICU 1 selama 4 hari & wad biasa 4 hari…
Hasil perbincgn dgn agen, suami saya tidak layak utk mmbuat sebarang tuntutan termasuk elaun wad…
Kenapa ye? … Sebab apa tidak layak until sebarang tuntutan?
Wsalam Puan.
Saya mendoakan Puan sekeluarga dipermudahkan segala urusan, dan semoga suami Puan segera sembuh seperti sediakala. InsyaAllah.
Untuk menjawab soalan Puan berkenaan agak sukar, kerana yang lebih arif adalah ejen puan sendiri. Tetapi apa yang kami boleh bantu adalah puan boleh buat semakan
1) Takaful suami puan masih aktif?
2) Sumbangan takaful puan ada tunggakan?
3) Manfaat dalam polisi dinyatakan bagaimana? Coverage bagaimana?
4) Kejadian kemalangan ada melibatkan kecuaian? Bagaimana laporan dibuat?
Biasanya kemalangan tiada masalah untuk coverage, ia adalah musibah tidak dijangka. Tiada masalah untuk cover. Tetapi sekiranya ada kautan dengan soalan yang saya ajukan tu, mungkin perlu diselidiki lebih lanjut. Minta penjelasan daripada ejen. Harap membantu.
InsyaAllah Puan, semoga dipermudahkan segala urusan.
Assalam..sy ada ambil medical card healthEnrich+Vital pd 11/4/2018. Kemudian sy mengalami sakit perut dan melakukan pemeriksaan di klinik o&g hkl pd bln october 2018. Doc memaklumkan sy ada cyst ovari dan perlu melakukn pembedahan. Boleh ke sy menggunakan medical card sy dan adakah penyakit ini di cover? Adakah seluruh kos rawatan di tanggung oleh prudential?
T.kasih
Puan boleh try apply GL dari PruBSN dulu. Saya tak boleh kata tak boleh, sebab ada proses yang perlu dilalui. Tapi umumnya tak boleh since terlalu baru ambil medical card.
Assalamualaikum.
Suami sy pernah buat op batu karang pd thn 2014. Br2 ni dia ada tny agent nk ambil life insurance tp agent ckp x boleh disebabkan pernah op batu karang tersebut.klu declare pun mmg x boleh ambil ya?
Terima kasih
Wsalam, kebiasaannya saya akan cuba submit dulu. Declare dulu. Nanti Takaful PruBsn akan keluarkan requirement yang perlu dibuat. Kalau dah baik mungkin masih berpeluang. Apa yang penting cuba dulu.
As salam, boleh sy share di fb sy info ni…
Boleh. Silakan…
Salam saya baru disahkan kanser Tairod jenis Papillary carcinoma stage 2,saya ada masuk Pru Bsn Cancer care adakah saya boleh membuat claim?
Wsalam. Sekiranya sudah melepasi tempoh menunggu, semua bergantung kepada laporan doctor. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan.
Assalamualaikum, maaf sy ingin bertanya juga, walaupun sudah ada jawapan di atas. Sy cuma mahu ceritkan dan mtk nasihat dan pendapat dr admin. Adik sy, pernah operation cyst pd tahon 2015 tp masa tu adik sy ada amik insurans pru bsn takaful, tak silap sy dier byr rm120 shj. Dipendekkan cerita tahun 2015 tu die bekerja, dan die gunekan insurans yg dicover company utk buat operation tebuk utk buang cecair cyst dan alhamdulillah die sihat sampai sekarang. Tetapi insurans personal pru bsn die sudah stop, disebabkan die sambung belajar dan tiada kemampuan bulanan utk byr insurans tersbut. Baru ni die ada tanya kepada sy, boleh ke die ambil semula insurans itu? Dan ada cover atau tidak penyakit terdahulu. Sy dah inform pdnya, mungkin x cover penyakit cyst itu, tapi adik saya kurang faham. sebab die ade bertemu dgn agen laen, tapi agen tu cakap boleh cover.. boleh admin jelaskan dgn lebih detail? .. terima kasih admin
Wsalam, kalau dia dah stop, dan plan dia sudah pun terminate, mmg tak boleh nak ambil semula. Jika dia apply semula, ada kemungkinan exclusion pada sakit sedia ada iaitu cys dia tu. Tetapi no harm to try, just cuba mana tahu boleh. Tapi pastikan masa apply tu disclose. Maksud saya wajib dimaklumkan ketika apply ya. Jangan nanti lulus, rupanya tak disclose, bila nak claim nanti huru hara…
Salam..saya bru didiagnosekan HIV positive thun lps. Ada tak any insurans yg boleh sye ambil utk cover only kemalangan dan kematian selain bnda2 yg melibatkan HIV. Trima kasih.
Wsalam. Takziah atas musibah yang menimpa. Saya kurang pasti tentang itu, kebarangkalian tinggi tak boleh.
Salam.. Anak saya ada tonsil. Dan saya nak blikan dia medical card. Soalannya jika anak saya operate, layak ka bil hospitalnya di byr dgn medical card tersebut?
Bila dah dapat tau ada tonsil baru nak ambil mmg payah sikit puan. Dia akan mintak report macam-macam dulu.