Korang ada baca tak dalam paper baru ni? Kalau belum yang ni lah.
Haaaa apa lagi skim bantuan kerajaan TR1MA (Teksi Rakyat 1 Malaysia) la. Bantuan kerajaan yang terkini bagi pemandu-pemandu teksi. Lepas BR1MA (Bantuan Rakyat 1 Malaysa), KR1M (Kedai Rakyat 1 Malaysia), Menu Rakyat 1 Malaysia dan macam-macam lagi lah. Untung jadi rakyat Malaysia, macam-macam kerajaan cuba kasi free.
Skim TR1MA ini merupakan skim insuran kemalangan diri ke atas pemandu-pemandu teksilah. Yelah, korang bukak lah statistik kemalangan jalan raya ni, hari-hari berlaku, dimana-mana sahaja. Itu belum kira hari perayaan lagi, ranking atas sekali sure eksiden motor lah yang tertinggi.
Korang jangan ingat bila sebut kemalangan ni, kemalangan kenderaan sahaja pulak. Kemalangan ini meliputi semua aspek lah. Kemalangan ketika di pejabat, kemalangan ketika isi minyak, kemalangan ketika dirumah, segala jenis kemalangan lah. Asal ada kemalangan yang tidak dijangka, maka itu adalah kemalangan. Kalau kemalangan yang disengajakan, itu bukan kemalangan, itu cari pasal. Bila cari pasal maka jika dapat dikesan, maka standby lah nak berperang dengan syarikat insuran jika diorang pertikaikan kemalangan berkenaan. Oleh itu kalau korang dah ada insuran, bawak2 la semak polisi korang.
Bila kita tengok pada manfaat TR1MA ni,
- RM10000 untuk kematian akibat kemalangan merupakan pampasan yang diterima sekiranya kematian disebabkan oleh kemalangan. Jika kematian disebabkan oleh kematian biasa seperti sakit tua, ia bukan kemalangan. Maka keluarga pemegang polisi tiada hak untuk mendapatkan pampasan berkenaan. Kalau korang apply TR1MA ni sila semak polisi korang secara jelas.
- RM10000 untuk ketidak upayaan kekal akibat kemalangan merupakan manfaat apabila berlaku hilang upaya atau lumpuh total akibat kemalangan. Jika disebabkan selain kemalangan maka kemungkinan pampasan tidak akan diberikan. Kena refer juga pada polisi.
- RM500 untuk kos rawatan perubatan akibat kemalangan merupakan kos rawatan perubatan akibat kemalangan kecil pada pandangan saya. Mungkin lebih kepada kos rawatan pesakit luar. Sebagai contoh kemalangan kecil seperti jatuh motor yang tidak memerlukan rawatan atau pembedahan besar, sekadar jahit sahaja.
- RM1500 untuk khairat kematian akibat kemalangan merupakah wang khairat/pengurusan kematian akibat kemalangan. Jika tidak disebabkan kemalangan seperti point ke-5.
- RM1000 untuk khairat kematian
Plan diatas tidak meliputi manfaat lain seperti 36 Sakit Kritikal dan Medical Card. Malah manfaat kematian atau lumpuh kekal yang tidak disebabkan oleh kemalangan juga tidak termasuk. Mungkin plan ini sememangnya plan asas untuk melindungi pemandu teksi sahaja. Hanya point yang ke-5 sahaja yang boleh pemilik polisi dapat jika beliau tidak mengalami sebarang kemalangan. Tetapi itu adalah ulasan saya berdasarkan keratan akhbar diatas. Kalau nak tau lebih lanjut, kena tunggu polisi sebenarlah. Semuanya pasti terkandung dalam polisi berkenaan.
Kalau polisi ini disediakan oleh kerajaan untuk kita dengan bayaran sumbangan premium bulanan yang rendah, pada hemat saya memang terbaiklah. Ini kerana dalam situasi ekonomi sekarang ini, bukan mudah kita nak membayar insuran khusus untuk kemalangan kerja begini.
Kita sering menyangka membayar insuran merupakan beban kewangan kepada diri kita sekarang yang masih muda dan sihat, sedangkan kita tidak sedar bahawa syarikat kita sekarang hanya menanggung belanja perubatan ketika kita sihat dan produktif, sedangkan masalah-masalah kesihatan mula timbul setelah kita pencen atau tidak lagi bekerja untuk syarikat kita sekarang.
Pada ketika itulah kita mula menghabiskan semua wang simpanan kita demi melangsaikan bil-bil rawatan hospital kita. Sedangkan dalam masa yang sama, kita memerlukan wang berkenaan untuk perbelanjaan harian, pergi menunaikan ibadah haji, dan segala perancangan indah kita yang kita rancang sewaktu sibuk bekerja dahulu.
Oleh itu pada saya, satu tindakan bijak daripada kerajaan kerana sudah mula cuba memupuk rakyat dalam pengurusan kewangan dengan memberi peluang pemandu teksi dengan skim TR1MA. Insuran dan Takaful di Malaysia masih ditakuk baru, masih lagi belum berkembang seperti di negara-negara lain. Malah ada sesetengah negara memerlukan rakyat mereka mempunyai insuran baru boleh masuk ke mana-mana hospital termasuk hospital kerajaan.
So tunggu apa lagi?
______________________________________________________________________
Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉
Leave a Reply