Bagaimana claim insuran

Bila kita bercakap mengenai insuran, sudah tentu perkara pertama yang kita nampak adalah claim. Memanglah kan, kalau tidak kenapa kita ambil insuran?

Jadi bagaimana nak claim? Apa yang perlu kita buat? Berapa lama proses yang diambil? Mudah atau susah?

Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.

Berikut antara cara-cara membuat claim.

1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement). Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful…

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.

 

18 thoughts on “Bagaimana claim insuran

          1. kemalangan kecil mengakibatkan jari kaki patah ..dr beri mc selama 6 minggu..ada apa2 tuntutan yg boleh di buat dalam prubsn takaful?

          2. Kemalangan kita boleh claim seperti berikut

            1. Bil rawatan kemalangan
            – jika kita ambil medical card

            2. Pampasan
            – untuk Death/Total Permanent Disable/Hilang sebahagian atau mana2 anggota tubuh badandisebabkan kemalangan seperti yang dinyatakan dalam polisi.

            Jadi jika jari kaki patah sahaja, tuan boleh claim rawatan bil sahaja.

  1. Saya buat tuntutan kematian arwah suami saya.. Sudah 6 bulan berlalu tapi masih tak dapat claim. Dah follow up tapi masih tak settle.. Kenapa ambil masa lama sangat ye sedangkan semua dokumen diperlukan dah diserahkan.

    1. Takziah atas kematian arwah suami puan. Puan ambil insuran melalui agent atau telemarketing? Kalau melalui agent mungin boleh cuba hubungi agent puan untuk buat follow up.

      1. cara terbaik untuk melepaskan diri dengan menyalahkan agen walaupun sudah tahu proses claim tertangguh. Sedangkan Pn.Aishah sudah maklumkan kesemua dokumen sudah diberikan. 6 bulan kot bukan 6 hari. Boss boss dekat atas sedap berjoget x buat kerja agen yg disalahkan sbb claim blom settle. Mmg bahlul la.. Kepada Pn.Aisyah harap bersabar dan tabah dgn ujian dr ALLAH taala.

        1. Bukan nak salahkan agent disini, dalam situasi begini kami tidak boleh salahkan sesiapa dan membuat keputusan bagi sesiapa. Saya bukan agent Pn. Aishah dan kami juga bukan wakil rasmi syarikat PruBsn. Cuma kami boleh bantu bagi second opinion apa perlu dilakukan seterusnya.

          Kami juga agent takaful, kami juga tak suka dipersalahkan seperti agent lain. Terima kasih 🙂

  2. Sy buat tuntutan bg kematian arwah adik sy..smpi skrg tdk ada maklum balas dr pihak insurans takaful..dokumen smua lengkap..boleh kah encik jelaskan berapa lama tempoh pihak takaful membuat bayaran

    1. Maaf, insuran takaful syarikat mana ya? PruBsn? AIA? etc. Kemudian untuk claim mohon hubungi branch berdekatan.

  3. Saya bln puasa urat putus 2 jari.jari kelingking masih kebas.skrg jari xboley lurus.ikut kata doc myb permenant jari saya ni.bru isi borg nk claim dgn Prudential.masa saya masuk ward sbb jari ni.alhmdulillah saya dpt claim RM700 juga Prudential bayar.cepat sebab abg saya prudential :).cuma nk tya brapa ye Prudential byr kalu 2 jari urat putus dan permenant bengkok?

    1. Alhamdulillah Puan. Urusan puan dipermudahkan oleh abang puan. So ttg berapa prudential nak bayar tu, kami tak pasti. Perlu tgk tahap kecederaan / kecacatan yang dialami puan. Semoga dipermudahkan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *