• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Takaful Insurance Malaysia

PruBSN Takaful Kuantan Servicing Agent | Khidmat Ejen PruBSN Takaful Kuantan

  • Home
  • Information Wall
    • Tinggi & Berat BMI
    • Our Happy Client Map
    • Tutorial Video
  • Request For Quotation
  • Testimonial & Claim
  • Keratan Berita
  • Soal Lazim (F.A.Q)

Bagaimana claim insuran

Bila kita bercakap mengenai insuran, sudah tentu perkara pertama yang kita nampak adalah claim. Memanglah kan, kalau tidak kenapa kita ambil insuran?

Jadi bagaimana nak claim? Apa yang perlu kita buat? Berapa lama proses yang diambil? Mudah atau susah?

Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.

Berikut antara cara-cara membuat claim.

1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement). Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful…

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.

 

Reader Interactions

Comments

  1. Naniey Rosnani says

    April 27, 2015 at 8:06 am

    Tak boley cepat ikirkebclaimny tuh?

    Reply
    • ghazalitajuddin says

      May 29, 2015 at 9:07 am

      Biasanya seminggu lepas discharge dapat dah sekiranya takde apa2 masalah. 🙂

      Reply
      • amirullah ilahi says

        June 27, 2016 at 12:22 pm

        sy da sebulan masih tak dapat claim

        Reply
        • ghazalitajuddin says

          June 27, 2016 at 2:37 pm

          Salam tuan Amirullah, boleh jelaskan claim utk apa ya tu?

          Reply
          • rusni says

            August 3, 2016 at 8:30 pm

            kemalangan kecil mengakibatkan jari kaki patah ..dr beri mc selama 6 minggu..ada apa2 tuntutan yg boleh di buat dalam prubsn takaful?

          • admin says

            September 29, 2016 at 12:36 am

            Kemalangan kita boleh claim seperti berikut

            1. Bil rawatan kemalangan
            – jika kita ambil medical card

            2. Pampasan
            – untuk Death/Total Permanent Disable/Hilang sebahagian atau mana2 anggota tubuh badandisebabkan kemalangan seperti yang dinyatakan dalam polisi.

            Jadi jika jari kaki patah sahaja, tuan boleh claim rawatan bil sahaja.

  2. Aisyah says

    December 1, 2016 at 4:20 pm

    Saya buat tuntutan kematian arwah suami saya.. Sudah 6 bulan berlalu tapi masih tak dapat claim. Dah follow up tapi masih tak settle.. Kenapa ambil masa lama sangat ye sedangkan semua dokumen diperlukan dah diserahkan.

    Reply
    • admin says

      December 8, 2016 at 11:53 am

      Takziah atas kematian arwah suami puan. Puan ambil insuran melalui agent atau telemarketing? Kalau melalui agent mungin boleh cuba hubungi agent puan untuk buat follow up.

      Reply
      • joey blade says

        January 21, 2017 at 2:32 pm

        cara terbaik untuk melepaskan diri dengan menyalahkan agen walaupun sudah tahu proses claim tertangguh. Sedangkan Pn.Aishah sudah maklumkan kesemua dokumen sudah diberikan. 6 bulan kot bukan 6 hari. Boss boss dekat atas sedap berjoget x buat kerja agen yg disalahkan sbb claim blom settle. Mmg bahlul la.. Kepada Pn.Aisyah harap bersabar dan tabah dgn ujian dr ALLAH taala.

        Reply
        • admin says

          February 3, 2017 at 8:12 am

          Bukan nak salahkan agent disini, dalam situasi begini kami tidak boleh salahkan sesiapa dan membuat keputusan bagi sesiapa. Saya bukan agent Pn. Aishah dan kami juga bukan wakil rasmi syarikat PruBsn. Cuma kami boleh bantu bagi second opinion apa perlu dilakukan seterusnya.

          Kami juga agent takaful, kami juga tak suka dipersalahkan seperti agent lain. Terima kasih 🙂

          Reply
  3. Cik za says

    December 29, 2016 at 8:56 am

    Sy menggunakan terus dr majikan.. claim hospital since bulan 11 hantar tuntutan now xde lagi.. under medixekspress takafull / protac broker insurance

    Reply
    • admin says

      January 12, 2017 at 8:09 am

      Follow up dengan majikan dan mediexpress.

      Reply
  4. Rayner says

    May 28, 2017 at 9:15 pm

    Sy buat tuntutan bg kematian arwah adik sy..smpi skrg tdk ada maklum balas dr pihak insurans takaful..dokumen smua lengkap..boleh kah encik jelaskan berapa lama tempoh pihak takaful membuat bayaran

    Reply
    • admin says

      July 19, 2017 at 3:22 pm

      Maaf, insuran takaful syarikat mana ya? PruBsn? AIA? etc. Kemudian untuk claim mohon hubungi branch berdekatan.

      Reply
  5. sharifah norsoleha bt syed halim says

    September 6, 2017 at 4:01 pm

    saya xcdent dh 9bulan masih tk de respon..insuran

    Reply
    • admin says

      October 30, 2017 at 3:35 pm

      Maaf, puan guna insuran apa? syarikat mana? Tq.

      Reply
  6. Sharifah Norazlin says

    November 10, 2017 at 9:56 am

    Saya bln puasa urat putus 2 jari.jari kelingking masih kebas.skrg jari xboley lurus.ikut kata doc myb permenant jari saya ni.bru isi borg nk claim dgn Prudential.masa saya masuk ward sbb jari ni.alhmdulillah saya dpt claim RM700 juga Prudential bayar.cepat sebab abg saya prudential :).cuma nk tya brapa ye Prudential byr kalu 2 jari urat putus dan permenant bengkok?

    Reply
    • admin says

      November 10, 2017 at 11:13 am

      Alhamdulillah Puan. Urusan puan dipermudahkan oleh abang puan. So ttg berapa prudential nak bayar tu, kami tak pasti. Perlu tgk tahap kecederaan / kecacatan yang dialami puan. Semoga dipermudahkan ya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Primary Sidebar

Tutorial PruBSN Touch

Anda pemilik medikal card PruBSN? Anda layak untuk menggunakan Applikasi PruBSN Touch.

Pautan

  • Home
  • Nombor Kecemasan / Talian Kecemasan
  • Penafian
  • Konsep Takaful
  • Majlis Shariah PruBSN Takaful
  • PruBSN Link Series : Senarai Manfaat dan Penerangan Ringkas.
    • Coming Soon: UMMAHLink
    • Medical Card: Takaful Health Enrich
    • Medical Card : Takaful Health 2
  • Klinik Panel Takaful PruBSN
  • Hospital Panel PruBSN Takaful

Info Takaful

  • Hospital Panel PruBSN Takaful
  • Kenapa Tak Boleh Nak Claim Insuran/Takaful?
  • 36 Jenis Penyakit Kritikal
  • Senarai Penyakit Spesifik
  • Testimonial & Claim
  • Keratan Berita
  • Soalan Lazim (F.A.Q)
  • Tutorial Video

Recent Posts

  • Tutorial Pendaftaran PruBsn Touch
  • General Takaful In The House!
  • Mudahkan pembayaran takaful dengan Recurring Payment Maybank!
  • Video tutorial mudah langkah demi langkah pembayaran sumbangan takaful anda melalui website PruBsn.
  • Senarai Penyakit Kritikal Terkini

Archives

  • June 2019
  • August 2018
  • February 2018
  • July 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • September 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • September 2015
  • March 2015
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • June 2014
  • March 2014
  • November 2013
  • October 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012

Footer

Recent Comments

  • ghazalitajuddin on Kenapa Tak Boleh Nak Claim Insuran/Takaful?
  • ghazalitajuddin on Soalan Lazim (F.A.Q)
  • richard on Soalan Lazim (F.A.Q)
  • richard on Kenapa Tak Boleh Nak Claim Insuran/Takaful?
  • ghazalitajuddin on Soalan Lazim (F.A.Q)

Tags

36 Penyakit Kritikal Agent Prudential Takaful Belanja Perubatan tinggi BELANJAWAN SEJAHTERA Bukti Claim Bukti Insuran insuran insurance Insuran Prove islam janji ditepati kad perubatan kad perubatan terbaik kelompok kemalangan keratan akhbar kos perubatan kuantan kuantan insuran kuantan takaful Link Series Manfaat PruBSN Link Series medical card Medikal Kad medikal kad terbaik naik newspaper pahang pampasan pandangan ulama tentang kontrak insurans pruBsn PruBSN FirstLink PruBSN Link Series PruBSN SmartLink PruBSN Takaful PruBSN TakafulLink prudential sakit kritikal sakit kronik tabarru takaful takaful insurance Takaful Kuantan takaful prubsn takaful prudential

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in