Siapa pernah guna medical card? Mesti ada yang tak pernah guna. So kali ni nak share tips sikit tentang apa yang anda kena buat sebelum menggunakan Medical Card korang tu. Rasanya tips ni mesti ejen anda pernah share berkali-kali. So siapa yang lupa tu mari kami kongsikan
Tips menggunakan Medical Card!
- Sebelum anda ke hospital pakar, jemputah ke klinik dahulu
- Aik!? Dah ambil medical card suruh kita pergi klinik pulak? Dah tu buat apa ambil medikal kad? Maaf. Tujuannya jemput ke klinik adalah untuk memastikan kondisi kita memang memerlukan untuk dimasukkan ke wad.
- Jika kita terus pergi ke hospital pakar, dan doktor pakar sahkan kita tak perlu admit, maka terpaksa keluar duit poket sendiri untuk membayar bil.
- Medikal kad kebiasaannya hanya boleh digunakan bila kita confirm warded lebih dari 6 jam. Selain itu lebih baik rujuk kepada ejen atau pihak insuran terlebih dahulu tentang coverage. Kemalangan juga boleh terus ke hospital dengan kondisi tertentu.
- Jika doktor tanya, JANGAN JAWAB TAK TAHU!
- Jika kita mengalami masalah kesihatan. Pasti ada simptom2nya. Kat bahagian mana, bila mula rasa perubahan.
- Kalau sakit belakang, mesti ada jawapan bila mula sakit, macam mana boleh sakit.
- Jika baru kena, jawab ajelah baru semalam ke, baru minggu ni ke. Sebab jatuh, sebab dilanggar dan lain-lain.
- Kalau kita jawab tak tahu, doktor mungkin akan tulis UNKNOWN, maka proses penyiasatan oleh syarikat insuran akan menjadi lebih panjang.
- Walau pun anda sudah sign up 3,4 tahun, boleh jadi anda sudah mempunyai sakit berkenaan sebelum anda sign up insuran lagi.
- Jadi jawapan anda ketika bertemu doktor teramatlah penting.
- Faham? Kalau tak faham tak tahu lah. Hehehe.
- Jika doktor beritahu perlu warded, MINTA REFERAL LETTER
- Jika doktor di klinik maklum kena warded, mintak terus refered letter. Cakap nak guna medikal kad.
- Sila SIMPAN RESIT KLINIK
- Kadangkala berlaku kes, 2, 3 kali anda terpaksa berulang alikke klinik. Kemudian baru warded. Jika admission warded itu sama berkaitan dengan rawatan di klinik-klinik sebelum ini maka bil-bil sebelum ini boleh claim dengan syarikat takaful insuran.
- Jika rawatan disebabkan oleh kemalangan minta doctor tulis diagnose sikit kat belakang resit
- Sesetengah insuran takaful ada manfaat claim balik bil disebabkan kemalangan.
- Biasanya untuk kes kemalangan seperti kena minyak panas, jahitan luka dan sebagainya yang tidak perlu warded di hospital.
- Untuk claim memerlukan diagnos doktor yang ditulis dibelaang resit seperti berikut:
- Cause Of Accident
- Date & Time
- Treatment
- Sign & Stamp doktor yang merawat
Ok. Itu sahaja tips untuk kali ini terima kasih!
Leave a Reply