• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Takaful Insurance Malaysia

PruBSN Takaful Kuantan Servicing Agent | Khidmat Ejen PruBSN Takaful Kuantan

  • Home
  • Information Wall
    • Tinggi & Berat BMI
    • Our Happy Client Map
    • Tutorial Video
  • Request For Quotation
  • Testimonial & Claim
  • Keratan Berita
  • Soal Lazim (F.A.Q)

Sentap Kutu Babi!!!

March 8, 2014 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Hahaha apa hal sentap kutu babi ni? Mestilah cerita menarik untuk dijadikan panduan dan pedoman kan? Sharing pengalaman seorang sahabat yang baru nak ambil Medikal Kad dengan saya baru-baru ini.

Begini ceritanya. Adalah seorang sahabat ni kerja jauh dari keluarga. Sebab bidang kerjanya dalam industri yang post nya tak banyak. Jadi terpaksala bekerja berjauhan. Setiap minggu kalau mampu, dia akan balik tgk anak dan isteri yang nun 200km jauhnya. Bukan mudah mencari rezeki kan. Itu belum kira shift malam or siang.

Jadi nak jadi cerita tiba2 pada suatu hari, ditakdirkan Allah sedang sibuk member ni bekerja, dengan suit safety bawah terik matahari ni, dia dapat panggilan emergency anaknya mengalami sakit telinga yang teruk. Anaknya menangis tak berhenti-henti kesakitan sambil memegang telinga. Isterinya memaklumkan telinga anaknya kelihatan merah dan membengkak. Mungkin ada binatang halus masuk. Kebetulan dirumah masa tu takde orang. Isteri pula tak boleh memandu. Risau punya pasal, terpaksalah emergency sahabat ni ambil cuti pulang ke kampung.

Sudah lah drive 2,3 jam ke kampung. Sampai-sampai sahaja dirumah anaknya masih lagi dalam keadaan menangis-nangis dan kelihatan lemah. Penat agaknya menangis seharian. Hari sudah lewat senja tetapi masih sempat untuk ke klinik. Maka tanpa membuang masa teruslah sahabat ni membawa anak dan isterinya mencari klinik bagi merawat anaknya ini.

Tak main lah pergi klinik-klinik biasa, terus klinik pakar kanak-kanak. Huish pasal anak siapa tak risau. Emergency macam ni pulak.

Pergi klinik A: RAMAINYAAA… dekat 30 org que. Tak sempat ni…

Pergi klinik B: Alamak! Tutup la pulak!!!

Pergi klinik C: Doktor cakap “Eh telinga anak awak ada kutu babi masuk ni. Alamak saya tak berani la nak rawat anak awak ni…”

Pergi klinik D: Doktor cakap “Maaf, kita takde alat untuk rawat anak awak ni…”

Hari dah makin lewat, aduhhh anak pulak sakit… mana lagi?

Kalau pergi ke hospital kerajaan confirm ramai ni… Aduhhh…

Akhirnya pergi ke Hospital Pakar Swasta. Mahal pun mahallah…

Alhamdulillah, dengan bantuan doktor pakar, berjaya juga keluarkan kutu babi tu.

… krik krik krik…

“Ko bayangkan la Li, sakit hati aku bila pergi klinik ada doktor boleh cakap tak berani nak rawat anak aku. Nak sangat jadi doktor. Aku rasa nak tumbuk je doktor tu….” Kata sahabat ni bercerita pengalaman dia.

“Dah penat rushing gi 5 bijik klinik kot, semua penuh la, tutup la… semua kerja 9 -5 aje” ujarnya lagi.

“Tapi Li, ko tau apa yang paling sentap pasal kes anak aku ni?” Tanya sahabat pada saya.

“Apa dia?” tanya saya.

“Aku balik rumah mak aku, aku cerita la kat mak aku pasal anak aku ni. Saja bercerita. Mana tahu boleh hulur sikit ke hahaha. Pastu mak aku pun tanya berapa total bil anak kaku ni”

“RM1500 mak, jawab aku”

“Ish mahal betul kutu babi ko tu yek kata mak aku!!! Sekor RM1500!!!”

“Sentap aku aku beb hahaha… mak aku dah suruh lama ambil medikal kad ni. Aduhhh… dah le kena balik emergency, jauh, penat, kena bayo plak lagi RM1500 bawak keluar kutu babi seko je. Kene bako plak. Panasss! Memang SENTAP KUTU BABI betul aku! Hahaha”

Tergelak aje la saya mendengar cerita sahabat saya ni. Setahun dulu saya pernah bercerita kepadanya berkaitan kepentingan Medikal Kad ni. Baru ni lah dia terbuka hati nak berbincang secara sirius.

Kita hanya merancang dan berusaha, segala ketentuan dari Allah jua.

 

Filed Under: General, Kesihatan, PruBSN, Prudential, Takaful Tagged With: backup, emergency, financial planning, kenapa perlu ada medikal kad, Kutu babi, Medikal Kad, medikal kad terbaik, panas, sentap, takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Primary Sidebar

Tutorial PruBSN Touch

Anda pemilik medikal card PruBSN? Anda layak untuk menggunakan Applikasi PruBSN Touch.

Pautan

  • Home
  • Nombor Kecemasan / Talian Kecemasan
  • Penafian
  • Konsep Takaful
  • Majlis Shariah PruBSN Takaful
  • PruBSN Link Series : Senarai Manfaat dan Penerangan Ringkas.
    • Coming Soon: UMMAHLink
    • Medical Card: Takaful Health Enrich
    • Medical Card : Takaful Health 2
  • Klinik Panel Takaful PruBSN
  • Hospital Panel PruBSN Takaful

Info Takaful

  • Hospital Panel PruBSN Takaful
  • Kenapa Tak Boleh Nak Claim Insuran/Takaful?
  • 36 Jenis Penyakit Kritikal
  • Senarai Penyakit Spesifik
  • Testimonial & Claim
  • Keratan Berita
  • Soalan Lazim (F.A.Q)
  • Tutorial Video

Recent Posts

  • Tutorial Pendaftaran PruBsn Touch
  • General Takaful In The House!
  • Mudahkan pembayaran takaful dengan Recurring Payment Maybank!
  • Video tutorial mudah langkah demi langkah pembayaran sumbangan takaful anda melalui website PruBsn.
  • Senarai Penyakit Kritikal Terkini

Archives

  • June 2019
  • August 2018
  • February 2018
  • July 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • September 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • September 2015
  • March 2015
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • June 2014
  • March 2014
  • November 2013
  • October 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012

Footer

Recent Comments

  • ghazalitajuddin on Kenapa Tak Boleh Nak Claim Insuran/Takaful?
  • ghazalitajuddin on Soalan Lazim (F.A.Q)
  • richard on Soalan Lazim (F.A.Q)
  • richard on Kenapa Tak Boleh Nak Claim Insuran/Takaful?
  • ghazalitajuddin on Soalan Lazim (F.A.Q)

Tags

36 Penyakit Kritikal Agent Prudential Takaful Belanja Perubatan tinggi BELANJAWAN SEJAHTERA Bukti Claim Bukti Insuran insuran insurance Insuran Prove islam janji ditepati kad perubatan kad perubatan terbaik kelompok kemalangan keratan akhbar kos perubatan kuantan kuantan insuran kuantan takaful Link Series Manfaat PruBSN Link Series medical card Medikal Kad medikal kad terbaik naik newspaper pahang pampasan pandangan ulama tentang kontrak insurans pruBsn PruBSN FirstLink PruBSN Link Series PruBSN SmartLink PruBSN Takaful PruBSN TakafulLink prudential sakit kritikal sakit kronik tabarru takaful takaful insurance Takaful Kuantan takaful prubsn takaful prudential

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in