Tutorial Pembayaran Sumbangan Takaful Melalui Maybank2u.com.my

Biasanya saya akan mengesyorkan kepada bakal pelanggan untuk melakukan pemotongan melalui akaun bagi membayar sumbangan takaful setiap bulan.

Potongan bulanan menjadikan proses pembayaran lebih mudah dimana tidak perlu beratur di kaunter dan mengelakkan kita terlupa untuk membuat pembayaran.

Tetapi kadangkala ada pelanggan yang suka menguruskan pembayaran sendiri atas sebab-sebab tertentu. Jadi sebab itu saya ingin berkongsi bagaimana membuat pembayaran melalui maybank2u.

Pembayaran sumbangan Takaful PruBsn sebenarnya boleh dilakukan melalui beberapa cara:

  1. Pembayaran di kaunter
  2. Potongan Autodebit
  3. Potongan Kad Kredit/Debit
  4. Online Banking – Maybank2u / Cimb Bank

Tutorial ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk membuat pembayaran melalui Maybank2u.com.my

Maybank-logo

Langkah 1 – Login ke akaun anda.

1-M2u-LoginLangkah 2 – Klik pada pauta Accounts & Banking

1-M2u-Klik-Accounts-n-Banking

Langkah 3 – Klik pada pautan Bill Payment

1-M2u-Klik-Bill-Payment

Langkah 4 – Klik pada pautan Make a one off payment

1-M2u-Klik-Make-a-one-off-payment

Langkah 5 – Klik pada listbox, cari Insurance & Takaful

1-M2u-Select-Insurance-and-takafulLangkah 6 – Klik listbox, cari Prudential Bsn Takaful atau Prudential Assurance Malaysia Berhad

1-M2u-Select-PruBsnl

Langkah 7 – Masukkan maklumat Amount dan Policy Number. Sekiranya anda pemegang polisi Takaful nombor polisi bermula dengan nombor 9xxx xxxx, manakala pemegang polisi insuran Prudential bermula dengan nombor 3xxx xxxx. Kemudian tekan butang Continue.

1-M2u-Fill-payment-details

Langkah 8 – Sila klik Request TAC Number bagi mendapatkan nombor TAC melalui handphone anda.

1-M2u-request-tac

1-M2u-request-tac2

 

Langkah 9 – Nombor TAC anda akan sampai melalui telefon bimbit anda. Sila salin nombor TAC dan isi ke ruang TAC.

1-M2u-tac-received

1-M2u-Fill-tacLangkah 10 – Selepas itu terus Continue sehingga lah proses keseluruhan berjaya!

 

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

One thought on “Tutorial Pembayaran Sumbangan Takaful Melalui Maybank2u.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *