Resdung dan RM23,000!

Salam,

Semalam saya ada berjumpa dengan seorang rakan di sebuah shopping complex. Beliau merupakan seorang usahawan muda berjaya yang mempunyai sebuah syarikat percetakan yang maju dan kompetitatif secara online dan offline. Saya fikir, beliau antara usahawan melayu yang sangat-sangat berjaya dari segi penjenamaan dengan kualiti yang sangat bagus dari segi finishing product mahupun idea design. Jika nak kenal siapa dia boleh hubungi saya.

Selepas bertanya kabar saya berkongsi dengan rakan berkenaan bahawa saya sekarang merupakan agent akftif dalam PruBSN Takaful.

Sahabat saya itu rupanya salah seorang pelanggan PruBSN Takaful. Menariknya baru-baru ini beliau baru menjalani procedure di sebuah hospital pakar swasta di Kuala Lumpur yang bernilai RM23,000! Apa yang menariknya kos rawatannya adalah PERCUMA! Kerana ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN Takaful!

Ceritanya bermula, apabila beliau sering mengalami sakit kepada yang kronik pada waktu pagi dalam beberapa hari seminggu. Ini menyebabkan gangguan terhadap jadual kerja beliau sebagai usahawan. Banyak kerja terpaksa bertangguh, banyak juga appointment terpaksa ditunda. Disebabkan bimbang jika masalah dialami itu merupakan sakit kronik beliau mengambil keputusan untuk melakukan medical check up di sebuah hospital swasta di tengah bandar Kuantan.

Hasil daripada laporan kesihatan beliau, doktor memaklumkan masalah bahawa beliau cuma mengalami gangguan pada saluran pernafasan ketika tidur dimana saluran pernafasan dibahagian hidung beliau tersumbat. Doktor memaklumkan ia berpunca daripada sakit resdung yang sedia ada. Rawatan di hospital swasta berkenaan memerlukan operation dan mengambil masa agak lama untuk pulih. Namun doktor memaklumkan ada satu rawatan alternatif yang baru dan hanya terdapat di sebuah hospital di Kuala Lumpur, tetapi kos rawatannya amatlah tinggi. Namun tidak memerlukan pembedahan, dan tidak perlu warded. Ia menggunakan teknologi balloon yang dumasukkan ke hidung dan membawa keluar cecair-cecair yang tidak berkenaan. Ini menarik minat rakan berkenaan dan beliau mula membuat sedikit research berkaitan.

Setelah membuat semakan dengan PruBSN Takaful terlebih dahulu, akhirnya rakan saya bersetuju untuk mendapatkan rawatan berkenaan kerana Prudential mengesahkan hospital swasta berkenaan merupakan panel Prudential dan sakit dialami berkenaan dicover oleh PruBSN Takaful. Selepas sahaja referral letters dari hospital swasta di kuantan dikeluarkan kepada hospital swasta di KL. Beliau terus mengambil rawatan berkenaan di KL. Procedure hanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja. Tiada pembedahan dan beliau masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Beliau sangat bersyukur kerana mengambil PruBSN Takaful awal, beliau tidak perlu mengeluarkan kos sebesar itu untuk rawatan sakit kepala. Mana nak cari RM23,000? Lagi bertambah sakit kepada adalah! Habis modal berniaga katanya sambil tergelak besar. Sekarang tiada lagi sakit kepala seperti dahulu. Beliau memang menyokong agar lebih ramai lagi rakan-rakan mengambil takaful insuran sebagai persediaan akan datang. Apa yang penting MEDICAL CARD!!!

 

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

3 thoughts to “Resdung dan RM23,000!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *