Baru-baru ini saya terbaca keratan akhbar diatas berkaitan soalan daripada pembaca tentang insuran kepada pekerja khususnya penguatkuasa terhadap risiko bekerja diluar waktu pejabat. Walaupun saya kurang pasti pada awalnya, tetapi berdasarkan jawapan Presiden Cuepacs, Dato Omar Osman, jelas menunjukkan belum ada lagi coverage insuran buat kakitangan beruniform yang bertugas diluar waktu pejabat. Adakah ini bermakna penguatkuasa yang menjalankan tugas untuk kerajaan menghadapi risiko yang tidak ditanggung oleh kerajaan?
Hurmmm. Ada pengalaman? Apa kata anda?
Bila sebut pasal kakitangan beruniform ni teringat saya kepada kecederaan yang dialami oleh seorang konstabel dalam penangkapan perogol bersiri yang dikenali sebagai Bentong Rambo. Konstabel Suhaimi Mohd Razali mengalami kecederaan yang agak teruk pada waktu bertugas waktu itu. Harap-harapnya beliau sembuh dengan segera.
Leave a Reply