1. Saya berumur 56 tahun, bolehkah saya memohon perlindungan insuran PruBSN Takaful?
Boleh. Cuma pemohon yang berumur lebih dari 55 tahun dikehendaki membuat Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) dengan hospital panel yang dilantik oleh PruBSN Takaful. Ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan pemohon berada dalam keadaan baik ketika memohon polisi. Selain itu, sumbangan bulanannya adalah lebih tinggi sedikit disebabkan oleh faktor umur.
2. Bolehkah saya memohon medical card PruBSN Takaful dalam masa sama saya sudah mempunyai perlindungan insuran bersama syarikat lain? Apakah implikasinya?
Boleh. Anda boleh mempunyai lebih daripada 1 medical card. Cuma bil rawatan dan perubatan hanya boleh claim daripada satu kad sahaja kerana memerlukan bil original daripada pusat perubatan. Bil original biasanya dikeluarkan hanya sekeping sahaja oleh pihak hospital.
Namun anda tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan manafaat Hospital Benefit daripada kesemua insuran anda sekiranya tidak melanggar syarat polisi anda.
Contohnye macam ni, jika syarikat tempat anda bekerja ada menyediakan kemudahan perlindungan insurans untuk para pekerjanya…ditakdirkan tuhan pada satu masa, anda di masukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan. Bil rawatan dan perubatan selama anda dirawat dihospital ditanggung oleh insurans syarikat anda. Walaupun bil hospital anda ditanggung oleh insuran syarikat anda bekerja, anda boleh mendapat elaun harian hospital (Hospital Benefit) dari PruBSN Takaful dengan syarat manafaat itu disertakan dalam polisi anda. Kalau sehari boleh dapat RM400.00…kalau warded seminggu?? RM 400*7=RM2800.00!!! Dahla bil rawatan settled…dapat duit lagi sebab terpaksa bermalam di hospital! Ini contoh client kami yang bil rawatan anaknya ditanggung oleh insurans syarikat ibunya, tetapi masih dapat claim Hospital Benefit dari Pru BSN Takaful. Bijak bukan? =)
3. Saya bekas perokok / baru sahaja berhenti merokok. Perlukah saya declare saya sebagai perokok?
Ya, anda perlu declare yang anda pernah jadi perokok. Jangan risau, Declare sebagai seorang perokok tidak menyebabkan anda kehilangan sebarang manfaat daripada PruBsn Takaful, cuma sumbangan anda akan mahal sedikit daripada orang tidak merokok kerana anda lebih terdedah kepada risiko kesihatan. Terdapat kajian yang menunjukkan kemungkinan anda untuk menghidap penyakit disebabkan oleh rokok, walaupun telah berhenti merokok selama 10 tahun masih tinggi. Maka adalah wajar sekiranya kita declare bagi mengelakkan masalah ketika kita hendak buat claim di kemudian hari.
4. Saya pernah dimasukkan ke hospital kerana sakit perut, tapi itu sudah lama dahulu. Perlukah saya declare ketika sakit tersebut ketika nak mohon polisi insurans? Apa kesannya kalau saya tak declare?
Ok, the rules of thumbnye sangat senang. Kalau anda pernah dimasukkan ke hospital atas sakit atau sebab apa sekalipun…anda perlu declare. Walaupun anda rasa sakit itu sudah lama sembuh, anda tetap perlu declare. Berterus terang dengan agen anda. Takde tipu2 takde sorok2. Kenapa? Sebab kita tak nak masalah dikemudian hari- ketika mahu claim. Katakan anda sudah bayar sumbangan insurans anda bertahun tahun, tiba-tiba bila nak claim, syarikat insuran tak nak bayar kerana rupa-rupanya penyakit itu berpunca dari sakit yang anda tidak declare ketika anda mohon polisi dulu.( Lihat sebab2 kenapa tak coleh claim disini ) Kan susah begitu? Jadinya, declare sahaja. Biasanya jika anda declare, PruBSN Takaful akan arahkan anda dapatkan laporan perubatan dari doktor yang pernah merawat anda dan anda perlu menjawab beberapa soalan berkaitan dengan sakit anda itu. Setelah itu, jika didapati anda benar-benar sudah pulih sepenuhnya dari sakit tersebut dan ini telah disahkan oleh doktor anda maka polisi anda akan diterima tanpa banyak masalah….ataupun polisi anda akan diterima dengan sedikit pengecualian (penyakit sedia ada takkan cover, jika sakit tersebut masih wujud tapi perlindungan lain masih cover). Ingat yer…yang penting DECLARE.
sayanak bertanya tentang penyakit genital wart .. boleh atau tidak untuk diclaim?
Boleh, selagi bukan disebabkan STD (Sexual Transmitted Disease) dan Congenital.
Yang penting kena tgk report doc dulu. Cthnya jika lelaki ada ketumbuhan pada zakar seperti bisul pada zakar or telur, cover. Sama juga perempuan, bukan organ sahaja cover termasuk faraj.
pernah menjalani pembedahan jantung belubang in 1992. so what are the procedure if nak apply prubsn? need whole medical check up ??
Ya. Biasanya just isi borang macam biasa. Dalam borang kena declare siap2 pernah operation kerana jantung berlubang. Then Prudential akan bagi requirement letter dan apa2 dokumen lain yang biasanya kena diisi oleh doktor yang merawat semasa sakit dulu.
But bila dah ada sakit ni biasanya akan exclusion dan mungkin loading dimana coverage perubatan akan limited dan harga agak mahal daripada biasa.
Saya nak tanya satu soalan. Jikalau saya mempunyai 2 medical card dari 2 company berbeza, boleh tak saya claim kedua-duanya sekali. Secara logikalnya sy patut claim coz sy memang membayar premium tersebut. Thanks
Wsalam.
Untuk pengetahuan saudara Azmi. Bank Negara Malaysia hanya membenarkan satu syarikat sahaja membayar bil rawatan kita. Maka hospital juga sepatutnya mengeluarkan hanya satu bil rawatan sahaja kepada kita untuk proses klaim.
Maka bila ada 2 medical card. Setiap kad pasti ada limit tahunan, maka sekiranya limit tahunan kad pertama habis, bolehlah gunakan kad kedua. Atau sekiranya bil rawatan terlalu tinggi, mungkin bil rawatan boleh split kepada dua, satu dibayar kad pertama, satu lagi dibayar kad kedua.
Boleh saya gunakan medical card untuk buat medical checkup masuk universiti?
Maaf tidak boleh untuk sebarang penyiasatan kesihatan/checkup melainkan ketika dalam rawatan di hospital (admitted lebih 6 jam).
saya seorang guru berumur 43 tahun. Sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang guru saya telah membuat pinjaman peribadi dengan bank rakyat, pinjaman perumahan dengan bahagian pinjaman perumahan, pinjaman loan ASB dengan Maybank, pinjaman kenderaan dengan Am Bank dan sebagainya. Baru-baru ini saya diserang sakit parkinson yang mengakibatkan saya berhenti kerja dengan pencen atas alasan kesihatan. Soalan saya : Bagaimana saya ingin membayar kesemua bayaran pinjaman saya sedangkan pendapatan saya tidak mencukupi ketika ini.tolong selesaikan permasalahan yang saya hadapi ketika ini. Terima Kasih
bolehkah saya mengunakan medical card utk buat medical check up dgn surat rujukan doktor dari klinik?
bolehkah saya menggunakan medical card utk medical check up dgn surat rujukan doktor dari klinik?
Medical Checkup tidak boleh.
saya nak bertanya kalau sy nk stop utk PruBSN coverage mcm mana prosedurnya? tetapi sy masih ada outstanding.. apa akan terjadi pd outstanding pada certificate yg sy nk stop tu?
Sekadar isi borang surrender, dan sebarang cash value yang ada akan dipulangkan. Outstanding akan terbatal juga secara automatik.
Saya berumur 26 tahun bekerja sendiri tiada pendapatan tetap. Boleh x mohon insuran?
Takaful merupakan salah satu cara merancang kewangan.
Namun begitu ia bukanlah suatu kewajipan. Selain itu ia memerlukan sedikit sumbangan bulanan bersama daripada para peserta takaful.
Oleh itu jika tiada pendapatan tetap, bagaimana mahu menyumbang dalam takaful?
Saya cadang saudari bersabar dahulu sehingga mendapat peluang pendapatan yang tetap dan lebih baik. InsyaAllah.
mohon pencerahan tuan..jika kita sertai takaful dan kita declare penyakit cthnya hypertension..maka takaful takkan melindungi lagi hypertension itu..adakah takaful akan melindungi penyakit lain yang secara perubatannya berpunca dari hypertension contohnya heart diseases, stroke,kidneys failure dan diabetis..(sekiranya peserta takaaful tiada penyakit seperti dinyatakan yang berpunca dari hypertension.mohon pencerahan tuan
terima kasih
Kebiasaannya, apabila kita telah declare menghadapi masalah hypertension, dan polisi kita exclude hypertension, segala penyakit yang berpunca daripada hypertension berkenaan takkan cover.
Sebab itu kami sarankan untuk sign up awal takaful untuk mengelakkan masalah kemudian hari.
Harap membantu.
perlu ke saya tamatkan polisi saya yang dah lebih 2 tahun dan adakah saya akan dapat kembali sebahagian dari duit saya membayar bulanan.Terima kasih tuan-ingin tahu-
Ia bergantung pada tuan sepenuhnya.
Pada pandangan saya, jika semasa tuan sign up dan dah declare ada hypertension dan permohonan lulus, ia adalah kelebihan kepada tuan. Ada org lain belum tentu dapat sign up sebab dh ada existing illness.
Tetapi jika tidak declare, agak berisiko. Saya cadangkan tuan bincang dengan ejen tuan pilihan terbaik utk tuan.
Saya seorg perokok dan bekerja sendri..dlm sektor ternakan ikan sangkar..layakkah saya memohon
Layak. Hubungi saya 0169212092.
Jika seseorg tidak pernah menerima rawatan, namun pernah membuat medical checkup dah keputusan medical checkup menunjukkan bacaan tidak normal, contoh high uric asid. Tiada rawatan susulan kerana tidak serius. Adakah perlu declare?
Saya cadangkan tuan declare. Biar jelas sebelum apa2 claim dibuat nanti.
Kalau saya nak buat pemasangan braces,boleh ke saya clim duit?
Tidak boleh utk sebarang rawatan pergigian kosmetik.
boleh ke saya membuat pemasangan braces gigi menggunakan insuran takaful bagi student?
Tak boleh. Semua insuran tak boleh untuk sebarang rawatan pergigian melainkan disebabkan kemalangan. Lebih2 lagi kosmetik.
Hai.. Saya mendaftar takaful Amani since 12.12.2013 n matang pada 11.12.2014 until now saya masih bayar. Actually sy tk faham sgt pun psl insurans ni. Mula2 smbng dgn agen insurans ni then after one month terus acc sy dipotong utk pay insuran ni. Walhal seriously sy masih tk faham abt this until now. Agen yg daftarkan sy tu pon senyap sampai la.. ermm.. Sy tak pnh sakit, so far la.. kalau saya nak buat medical card cam ne. N kalau saya nak stop Dr melanggan cam mana. Tak faham la
Maaf. Saya tak kenal Takaful Amani.
Biasanya untuk terminate polisi, sila pergi ke branch yang berdekatan.
Ada sesetengahnya boleh telefon dan email sahaja untuk terminate.
saya nk tanya , boleh kah saya membeli polisi insurans jika saya menghidap penyakit std dan masih dalam rawatan?
Ok terima kasih kerana bertanya.
Currently tidak boleh. Jika dah sihat nanti pun masa nak apply sila pastikan declare.
Tqvm.
Jika saya pernah membuat rawatan membuang breast lump, bolehkah saya memohon pruBsn dan apakah policy yang sesuai? Jika berlaku lagi dimasa hadapan adakah ianya dilindungi?
Puan boleh cuba ambil mana-mana plan takaful.
Kemungkinan besar akan ada exclusion jika berlaku lagi.
Cuba submit dahulu, jangan give up lagi.
Sy kakitangan kerajaan, ada mengambil insurans takaful rm50 sebulan dan PA utk family rm13.50..sekiranya sy mengambil insurans hayat dgn rm100 sebulan dan blaku kmatian, adakah ahli keluarga sy boleh menuntut kesemua insurans tersebut atau hanya satu sahaja?
Untuk manfaat pampasan boleh claim dari semua, tetapi utk bil rawatan hospital hanya satu medical card sahaja.
nak tanya. su confuse ni. saya nk beli insuran untuk mak saya yg 36 jenis penyakit. adakah sekiranya sakit yg 36 tu je baru boleh guna medical card tersebut? lain cerita dengan makcik sy, dia beli insuran AIA, semua pun dia boleh claim insuran. masuk assunta tunjuk kad je lepas. arthritis, gout, kencing manis. boleh pencerahan? sepupu sy juga guna AIA. anak isteri cover juga. anak demam pun dia masuk assunta tunjuk kad je.
bukankah lebih bagus AIA dari 36 penyakit tu? terima kasih..
Pn Nadia tak perlu confuse. Begini sahaja, puan suka saya jujur dengan puan atau saya permudahkan puan? Kalau saya permudahkan puan, saya boleh kata semua cover jadi puan tak perlu bimbang apa-apa, senang kerja saya. Tetapi saya pilih untuk jujur dengan puan saya detailkan apa yang cover apa yang tidak supaya puan jelas dan tahu bila masa nak gunakan medikal kad puan.
Semua penyakit yang puan sebut diatas semua cover by PruBsn juga insyaAllah. Namun saya nyatakan tiada insuran yang cover semua jenis penyakit puan.
Then, puan kena faham, ini berkaitan sakit kritikal. Puan boleh refer update senarai sakit kritikal terkini di website Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) disini
https://www.liam.org.my/index.php/library/guidelines/critical-illnesses
Selebihnya Puan sendiri boleh refer AIA, ada tak senarai sakit kritikal yang cover by AIA. InsyaAllah.
Saya ingin bertanyakan sekiranya pemegang polisi takaful/insurans mengalami kemalangan ketika bersukan, bolehkah dia layak membuat tuntutan pampasan hilang upaya sementara?bagi kos rawatan perubatan dan elaun masuk hospital semuanya telah ditanggung pihak takaful /insurans.
Sekian,terima kasih
Kena lihat kembali polisi yang diambil ada tak mention tentang manfaat hilang upaya sementara berkenaan. Apa t&c yang dinyatakan.
Saya ingin bertanya…sekiranya sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di klinik2 untuk sakit biasa seperti demam, batuk dsb…apakah perlu declare?
Demam panas biasa tak perlu. Declare yang admission sahaja.
salam, saya nak tanya..sekiranya saya ingin mengambil plan medical card sekarang dan dlm masa yg sama sy sekarang mendapat rawatan di klinik pakar kerajaan kerana masalah sinus dan tonsil, adakah pihak insurans akan cover aau tidak untuk benefit tinggal di hospital sekiranya saya perlu tinggal di wad.
Wsalam. Sekiranya tuan sedang mendapatkan rawatan, ini bermakna tuan perlu disclose segala sakit dan rawatan yang tuan lalui ketika daftar mana-mana plan baru.
Kebiasaannya sakit sedia ada tidak cover, dan boleh menyebabkan exclusion atau loading untuk sakit berkenaan.
Good tidings ! fineoffer
Are you in?
https://drive.google.com/file/d/194Y8wyhIrr7N5qWAGAI6NFPvrSwX-7FZ/preview
yerp betul tu bang. Lepas 2 tahun tak banyak tanya dah.
hi encik.. nak tanya..sekiranya penyakit seperti gallstone ini.. bolehkah claim insurance?cover kah?
Hi richard, cover tuan. Ada client saya pernah buat operation gallstone. Tapi pastikan baru kena, bukan sebelum ambil insuran sudah ada rekod. Masalah nanti.