Sekadar berkongsi. Moga-moga ada yang sudi meringankan beban kak yan menanggung kos perubatan hospitalnya. Bukan mudah nak kumpul rm50,000 dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan faktor usia yang sudah lewat.
Kami pasti pada zaman aktif kak yan dulu, insuran mahal dan konvensional. Konvensional disini bermaksud pelaburannya mempunyai unsur-unsur gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi). Sumbangan bulanan pula hangus jika tiada apa-apa berlaku pada diri yang diinsurankan. Sebab itu ramai yang tidak mahu mengambil insuran pada waktu itu. Ini yang menyebabkan ramai rakyat malaysia beragama islam terutamanya warga emas tidak mempunya pelan perlindungan insuran.
Berbeza dengan plan takaful sekarang yang mematuhi hukum syariah islam. Lebih-lebih lagi kini ada pelaburan yang membolehkan sedikit pulangan. Sekurang-kurangnya ada simpanan disamping diri dilindungi.
Kita generasi sekarang amat beruntung kerana berpeluang memilih plan takaful keluarga mengikut keperluan masing-masing. Itupun jika kita bertindak sekarang!
Leave a Reply