PruBSN Employee Benefit | Plan Manfaat Pekerja PruBSN

PruBSN Employee Banefit Flyers

Pekerja adalah aset sesebuah syarikat. Tanpa pekerja yang komited dan setia kepada syarikat, sudah tentu sukar untuk mencapai visi dan misi syarikat setiap tahun.

Bagaimana nak tingkatkan rasa kasih sayang pekerja kepada syarikat? Bukan berlu berbelanja berjuta-juta untuk hiburan semata-mata! Tak semestinya nak kena hantar pergi oversea setiap tahun! Back to basic, selain dari gaji apa yang sering dipertimbangkan? Ya, sudah tentu kebajikan pekerja! Semua pekerja mahukan majikan yang mengambil berat perihal kebajikan mereka lebih-lebih lagi tentang Cuti, Elaun, Bonus dan Perubatan mereka! Tetapi tidak banyak syarikat yang mampu menyediakan manfaat perubatan dimana setiap pekerja ada medikal kad! Jadi bagaimana ya, syarikat saya kecil sahaja!!!??? Buat permulaan untuk sebuah syarikat yang sedang berkembang, sekadar menyediakan rasa selamat, rasa dilindungi dan disayangi di syarikat tempat bekerja sudah bagus!!!

Rata-rata syarikat yang berjaya menyediakan manfaat perlindungan kepada pekerja menunjukkan sikap yang positif terhadap produktiviti syarikat. Pekerja sentiasa positif dan lebih gembira bekerja kerana mengetahui majikan mereka amat prihatin terhadap pekerja. Mereka merasa diperlukan dan dihargai syarikat, maka mereka pasti akan menghargai kembali.

Jadi bagaimana? Apa yang boleh Takaful PruBSN bantu?

Tahukah anda, Takaful PruBSN mempunyai satu produk untuk manfaat pekerja? Ia dikenali sebagai Takaful PruBSN Employee Benefit!

Dengan harga serendah RM38/setahun, majikan boleh menyediakan manfaat tambahan kepada pekerjanya bagi meningkatkan rasa taat setia kepada syarikat!

Jika syarikat anda mempunyai pekerja melebihi lima (5) orang, anda boleh memohon plan komprehensif ini daripada kami!!!

Hubungi saya sekarang juga! Whatsap terus pun boleh!

Ghazali Tajuddin 016(dash)9212982!

Berikut adalah anggaran kadar sumbangan seorang mengikut umur untuk Kelas Pekerjaan 1.

prubsn-employee-benefit-kadar-bayaran

 

Download PDF PruBSN Employee Benefit Booklet

Bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak?

 

Dapatkanlah segera plan perubatan takaful! Anda bukan sekadar melindungi diri anda dengan mendapatkan plan medikal kad terbaik dari PruBSN, malah anda melindungi simpanan masa depan anda dan keluarga anda! Rancanglah dengan bijak!

Fakta Takaful Islam Malaysia
1Takaful

 

CEO Takaful Prudential Menang Anugerah “The Asset Of Takaful CEO Of The Year 2013 Award”

pressrelease_ceo_of_2013_030713_3Maklumat lanjut: KLIK SINI

 

Penyerahan Pampasan Kemalangan RM402,157.25.

image

Wang tidak dapat menggantikan mereka yang telah pergi. Tetapi wang dapat membantu mereka yang kita tinggalkan. Ia merupakan persediaan kita jika sesuatu berlaku pada diri kita. Siapa nak jaga kebajikan anak isteri jika masa kita telah sampai?

Accident di atas adalah kemalangan di Rantau Abang. Mangsa merupakan seorang engineer Petronas berumur 27 tahun. Isteri yang berbaju biru menerima pampasan RM402,157.25 sebelum bulan puasa tahun ini.

Balu terima insurans RM231000

20130321-SINAR-Balu-terima-insuran-rm230000

 

SERI ISKANDAR – “Saya memang tidak menyangka akan menerima pampasan sebanyak ini walaupun mengetahui suami hanya sempat mencarum sebanyak RM250 untuk kali pertama sebelum meninggal dunia akibat kemalangan enam bulan lalu.

Demikian kata Nurul Huda Nordin, 32, balu kepada Azizi Zainuddin Omar yang menerima pampasan insurans Prudential BSN takaful, baru-baru ini.

Nurul Huda melahirkan rasa syukur kerana wang sebanyak RM231,950.10 itu membantu kehidupannya bersama anak-anak.

Menurutnya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya untuk membeli sebuah rumah dan membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak mereka.

“Sebelum ini arwah pernah bercadang untuk membeli rumah di sekitar kawasan ini malah ada membawa saya ke sebuah tapak perumahan untuk menempah rumah berkenaan.

“Namun, hasrat arwah suami tidak tercapai kerana dia terlibat dalam kemalangan maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 38 Jalan Ipoh – Lumut,” katanya.

Katanya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya itu demi keselesaan empat anaknya yang berusia antara 16 bulan hingga lapan tahun.

“Saya juga akan menyimpan sebahagian besar baki wang ini untuk perbelanjaan sekolah anak-anak,” katanya.

Pampasan insurans Prudential BSN takaful disampaikan  wakil Prudential BSN takaful, Nurul Hamizan Ahmad.

Nurul Huda berkata, dia akan turut membelikan polisi insurans untuk anak-anak demi masa depan mereka.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/balu-terima-insurans-rm231-000-1.141660

Kenapa pilih Takaful Prudential BSN?

Kenapa-takaful-prubsn

 

  • Semua produk Takaful PruBSN adalah HALAL. Semua plan yang terdapat dalam Takaful PruBSN merupakan plan yang mengikut garis panduan syariah Islam yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia.
  • Plan Takaful PruBSN mempunyai PULANGAN/SIMPANAN atau lebih tepat CAPITAL GROWTH. Sebahagian sumbangan takaful anda akan dilaburkan dalam dana-dana syariah yang memberi pulangan sehingga 12%. Anda boleh bawa keluar Cash Value anda bila-bila masa tanpa tempoh matang!
  • Plan Takaful PruBSN adalah KOMPREHENSIFmerangkumi Manfaat Kematian, Sakit Kritikal, Kemalangan, Kad Perubatan dan Simpanan! Merangkami hampir semua risiko kehidupan!
  • Apabila anda memilih Takaful PruBSN, anda memilih plan yang FLEKSIBEL! Dari masa ke semasa sudah pasti anda akan dapatkan perlindungan yang lebih baik, oleh itu kami memastikan plan takaful anda lebih fleksibel untuk bagi memenuhi keperluan anda dimasa hadapan!
  • Kad Perubatan Takaful PruBSN dijamin “Auto-Renew” setiap tahun dan tidak boleh dibatalkan “Non-Cancelable”. Tak semua syarikat takaful mempunyai kelebihan sebegini. Mereka ada hak untuk membatalkan polisi anda apabila didapati anda claim berlebihan.
  • Elaun Hospital Takaful PruBSN adalah untuk rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Katalah elaun anda RM350 sehari, ada pesaing kami hanya berikan elaun kepada pesakit yang masuk hospital kerajaan sahaja.
  • Kebanyakan Hospital Pakar adalah panel Takaful PruBSN di seluruh Malaysia.
  • Bonus tanpa claim “Non-Claim Bonus”. Anda sihat? Tak pernah sakit? Kami berikan BONUS Tahunan!!!
  • Jika anda didapati mengidap Sakit Kritikal, sumbangan takaful anda akan dibayar oleh Takaful PruBSN PERCUMA. Tiada lagi pembayaran dari anda. Begitu juga pembayaran takaful anak anda. Tiada lagi pembayaran dan rawatan ditanggung sepenuhnya oleh Takaful PruBSN.
  • Kad Perubatan Takaful PruBSN adalah PRODUK KAMI, bukan pihak ke 3 seperti sesetengah syarikat lain yg boleh menyebabkan kesilapan dan melambatkan proses klaim anda!
  • Kad Perubatan Takaful PruBSN mempunyai limit perlindungan tertinggi sehingga RM2,500,000.00.
  • Takaful PruBSN telah diterajui oleh pakar industri insuran di Malaysia sejak 1924, dan semakin matang dalam perbankan dan pelaburan Islam. Ini menunjukkan komitmen kami dalam melindungi anda.

 

Resdung dan RM23,000!

Salam,

Semalam saya ada berjumpa dengan seorang rakan di sebuah shopping complex. Beliau merupakan seorang usahawan muda berjaya yang mempunyai sebuah syarikat percetakan yang maju dan kompetitatif secara online dan offline. Saya fikir, beliau antara usahawan melayu yang sangat-sangat berjaya dari segi penjenamaan dengan kualiti yang sangat bagus dari segi finishing product mahupun idea design. Jika nak kenal siapa dia boleh hubungi saya.

Selepas bertanya kabar saya berkongsi dengan rakan berkenaan bahawa saya sekarang merupakan agent akftif dalam PruBSN Takaful.

Sahabat saya itu rupanya salah seorang pelanggan PruBSN Takaful. Menariknya baru-baru ini beliau baru menjalani procedure di sebuah hospital pakar swasta di Kuala Lumpur yang bernilai RM23,000! Apa yang menariknya kos rawatannya adalah PERCUMA! Kerana ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN Takaful!

Ceritanya bermula, apabila beliau sering mengalami sakit kepada yang kronik pada waktu pagi dalam beberapa hari seminggu. Ini menyebabkan gangguan terhadap jadual kerja beliau sebagai usahawan. Banyak kerja terpaksa bertangguh, banyak juga appointment terpaksa ditunda. Disebabkan bimbang jika masalah dialami itu merupakan sakit kronik beliau mengambil keputusan untuk melakukan medical check up di sebuah hospital swasta di tengah bandar Kuantan.

Hasil daripada laporan kesihatan beliau, doktor memaklumkan masalah bahawa beliau cuma mengalami gangguan pada saluran pernafasan ketika tidur dimana saluran pernafasan dibahagian hidung beliau tersumbat. Doktor memaklumkan ia berpunca daripada sakit resdung yang sedia ada. Rawatan di hospital swasta berkenaan memerlukan operation dan mengambil masa agak lama untuk pulih. Namun doktor memaklumkan ada satu rawatan alternatif yang baru dan hanya terdapat di sebuah hospital di Kuala Lumpur, tetapi kos rawatannya amatlah tinggi. Namun tidak memerlukan pembedahan, dan tidak perlu warded. Ia menggunakan teknologi balloon yang dumasukkan ke hidung dan membawa keluar cecair-cecair yang tidak berkenaan. Ini menarik minat rakan berkenaan dan beliau mula membuat sedikit research berkaitan.

Setelah membuat semakan dengan PruBSN Takaful terlebih dahulu, akhirnya rakan saya bersetuju untuk mendapatkan rawatan berkenaan kerana Prudential mengesahkan hospital swasta berkenaan merupakan panel Prudential dan sakit dialami berkenaan dicover oleh PruBSN Takaful. Selepas sahaja referral letters dari hospital swasta di kuantan dikeluarkan kepada hospital swasta di KL. Beliau terus mengambil rawatan berkenaan di KL. Procedure hanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja. Tiada pembedahan dan beliau masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Beliau sangat bersyukur kerana mengambil PruBSN Takaful awal, beliau tidak perlu mengeluarkan kos sebesar itu untuk rawatan sakit kepala. Mana nak cari RM23,000? Lagi bertambah sakit kepada adalah! Habis modal berniaga katanya sambil tergelak besar. Sekarang tiada lagi sakit kepala seperti dahulu. Beliau memang menyokong agar lebih ramai lagi rakan-rakan mengambil takaful insuran sebagai persediaan akan datang. Apa yang penting MEDICAL CARD!!!

 

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call ;)

Kenapa Tak Boleh Claim?

kenapa-tak-boleh-claim

Dapatkan maklumat lebih jelas disini http://www.takaful-insurance.com.my/kenapa-tak-boleh-nak-claim-insuran/

TR1MA

Korang ada baca tak dalam paper baru ni? Kalau belum yang ni lah.

Skim insuran perlindungan kemalangan diri pemandu teksi

Haaaa apa lagi skim bantuan kerajaan TR1MA (Teksi Rakyat 1 Malaysia) la. Bantuan kerajaan yang terkini bagi pemandu-pemandu teksi. Lepas BR1MA (Bantuan Rakyat 1 Malaysa), KR1M (Kedai Rakyat 1 Malaysia), Menu Rakyat 1 Malaysia dan macam-macam lagi lah. Untung jadi rakyat Malaysia, macam-macam kerajaan cuba kasi free.

Skim TR1MA ini merupakan skim insuran kemalangan diri ke atas pemandu-pemandu teksilah. Yelah, korang bukak lah statistik kemalangan jalan raya ni, hari-hari berlaku, dimana-mana sahaja. Itu belum kira hari perayaan lagi, ranking atas sekali sure eksiden motor lah yang tertinggi.

Korang jangan ingat bila sebut kemalangan ni, kemalangan kenderaan sahaja pulak. Kemalangan ini meliputi semua aspek lah. Kemalangan ketika di pejabat, kemalangan ketika isi minyak, kemalangan ketika dirumah, segala jenis kemalangan lah. Asal ada kemalangan yang tidak dijangka, maka itu adalah kemalangan. Kalau kemalangan yang disengajakan, itu bukan kemalangan, itu cari pasal. Bila cari pasal maka jika dapat dikesan, maka standby lah nak berperang dengan syarikat insuran jika diorang pertikaikan kemalangan berkenaan. Oleh itu kalau korang dah ada insuran, bawak2 la semak polisi korang.

Bila kita tengok pada manfaat TR1MA ni,

  1. RM10000 untuk kematian akibat kemalangan merupakan pampasan yang diterima sekiranya kematian disebabkan oleh kemalangan. Jika kematian disebabkan oleh kematian biasa seperti sakit tua, ia bukan kemalangan. Maka keluarga pemegang polisi tiada hak untuk mendapatkan pampasan berkenaan. Kalau korang apply TR1MA ni sila semak polisi korang secara jelas.
  2. RM10000 untuk ketidak upayaan kekal akibat kemalangan merupakan manfaat apabila berlaku hilang upaya atau lumpuh total akibat kemalangan. Jika disebabkan selain kemalangan maka kemungkinan pampasan tidak akan diberikan. Kena refer juga pada polisi.
  3. RM500 untuk kos rawatan perubatan akibat kemalangan merupakan kos rawatan perubatan akibat kemalangan kecil pada pandangan saya. Mungkin lebih kepada kos rawatan pesakit luar. Sebagai contoh kemalangan kecil seperti jatuh motor yang tidak memerlukan rawatan atau pembedahan besar, sekadar jahit sahaja.
  4. RM1500 untuk khairat kematian akibat kemalangan merupakah wang khairat/pengurusan kematian akibat kemalangan. Jika tidak disebabkan kemalangan seperti point ke-5.
  5. RM1000 untuk khairat kematian

Plan diatas tidak meliputi manfaat lain seperti 36 Sakit Kritikal dan Medical Card. Malah manfaat kematian atau lumpuh kekal yang tidak disebabkan oleh kemalangan juga tidak termasuk. Mungkin plan ini sememangnya plan asas untuk melindungi pemandu teksi sahaja. Hanya point yang ke-5 sahaja yang boleh pemilik polisi dapat jika beliau tidak mengalami sebarang kemalangan. Tetapi itu adalah ulasan saya berdasarkan keratan akhbar diatas. Kalau nak tau lebih lanjut, kena tunggu polisi sebenarlah. Semuanya pasti terkandung dalam polisi berkenaan.

Kalau polisi ini disediakan oleh kerajaan untuk kita dengan bayaran sumbangan premium bulanan yang rendah, pada hemat saya memang terbaiklah. Ini kerana dalam situasi ekonomi sekarang ini, bukan mudah kita nak membayar insuran khusus untuk kemalangan kerja begini.

Kita sering menyangka membayar insuran merupakan beban kewangan kepada diri kita sekarang yang masih muda dan sihat, sedangkan kita tidak sedar bahawa syarikat kita sekarang hanya menanggung belanja perubatan ketika kita sihat dan produktif, sedangkan masalah-masalah kesihatan mula timbul setelah kita pencen atau tidak lagi bekerja untuk syarikat kita sekarang. 

Pada ketika itulah kita mula menghabiskan semua wang simpanan kita demi melangsaikan bil-bil rawatan hospital kita. Sedangkan dalam masa yang sama, kita memerlukan wang berkenaan untuk perbelanjaan harian, pergi menunaikan ibadah haji, dan segala perancangan indah kita yang kita rancang sewaktu sibuk bekerja dahulu.

Oleh itu pada saya, satu tindakan bijak daripada kerajaan kerana sudah mula cuba memupuk rakyat dalam pengurusan kewangan dengan memberi peluang pemandu teksi dengan skim TR1MA. Insuran dan Takaful di Malaysia masih ditakuk baru, masih lagi belum berkembang seperti di negara-negara lain. Malah ada sesetengah negara memerlukan rakyat mereka mempunyai insuran baru boleh masuk ke mana-mana hospital termasuk hospital kerajaan.

So tunggu apa lagi?

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call ;)

Kenapa perlu dapatkan perlindungan insuran seawal mungkin?

Semakin hari semakin banyak pendedahan kepentingan insuran disebarkan melalui media massa. Maka semakin ramai dikalangan kita menyedari kepentingan insuran dalam membantu pengurusan kewangan dalam kehidupan kita.

Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana tidak merasakan keperluan insuran.

Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tidak penting kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya.

Sebenarnya terdapat 3 sebab penting perlunya mendapatkan polisi insuran seawal mungkin.

1. Peningkatan harga premium 15% setiap tahun

Setiap tahun harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan sekiranya kita mengambil polisi dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding sekiranya kita ambil tahun ini.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, insuran anak kedua kami jauh lebih mahal daripada insuran anak pertama kami dengan manfaat yang sama.  Maka sekiranya kita berkemampuan, adalah lebih bijak kita dapatkan polisi insuran seawal mungkin

Berikut keratan artikel berkaitan kenaikan harga premium di Malaysia dan luar negara.

2. Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko penyakit, semakin sedikit coverage

Faktor umur memberi kesan besar terhadap harga polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan harga polisi dengan coverage manfaat yang bagus dengan harga yang murah. Paling mudah saya berikan contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama.

Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi? :D

3. Apabila dah sakit…

Apabila dah sakit, tengok jenis penyakit. Silap haribulan, insurans tidak akan cover penyakit kita itu. Maka, ambil insurans pun tak guna dah. Malah ada kes yang Prudential tolak permohonan kita nak ambil insuran dengan dia. Sebab itu, sememangnya semasa kita sihat, memang kita tak perlukan insuran. Bila dah sakit, masa itulah pening kepala kita nak korek duit untuk membayar bil.

Pesanan saya, sekiranya keluarga kita ada history sakit, especially 36 penyakit kritikal. Bersedialah lebih awal untuk mengambil insuran. Once kita disahkan menghidap sebarang penyakit kritikal berkenaan, maka sekurang-kurangnya beban kita ditanggung sedikit oleh syarikat insuran.

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call ;)