Bagaimana Menggunakan Medical Card Untuk Kemasukan Hospital

BagaimanaGunaMedicalCard

Saya dapati ramai orang menulis tips tentang Bagaimana Memilih Kad perubatan Hospital.

Jarang saya jumpa post yang berkaitan Bagaimana Menggunakan Kad Perubatan.

Jadi post kali ini saya akan kongsikan berkaitan bagaimana proses kemasukan menggunakan medical card.

Sekadar peringatan, bukan semua insurans plan adalah plan kad perubatan. Sila pastikan plan takaful/insuran anda adalah plan kad perubatan. Ramai juga yang masih samar perbezaan jenis insuran. Bukan semua plan cover bil hospital, bukan semua plan ada investment. Tiada plan All In One 100%!

Berikut adalah langkah2 untuk mengunakan medical card.

LANGKAH #1: BILA KITA FIRST TIME BARU MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN

  1. Apabila kita menghadapi masalah kesihatan. Pertama sekali kita harus memastikan jenis masalah berkenaan. Kita kena faham bukan semua jenis sakit boleh claim dengan Medical Card.
  2. Saya sarankan sebolehnya berjumpa doktor di klinik biasa berdekatan terlebih dahulu.
  3. Berdasarkan pandangan doktor klinik berkenaan,
    1. Jika dinasihatkan berjumpa pakar
      1. bermakna sakit anda mungkin agak sirius. Bawa bertenang.
      2. Tindakan: Sila mohon doctor buatkan Refer Letter ke hospital bagi rujukan ketika jumpa doktor pakar nanti.
    2. Jika dinasihatkan untuk dapatkan rawatan biasa
      1. bermakna sakit kita tidak/belum sirius, boleh dirawat dirumah sahaja.
      2. bermakna anda jimat, sebab jika anda terus berjumpa pakar berkemungkinan rawatan sama juga diberikan. Namun anda dikehendaki bayar 3,4 kali ganda mahal daripada klinik biasa. Bil ini tidak ditanggung oleh plan kad perubatan anda. HANYA BILA MASUK WAD LEBIH 6 JAM SAHAJA (>6 H) ditanggung.
      3. Tindakan 1: Anda balik dan ikut rawatan yang dicadangkan telebih dahulu.
      4. Tindakan 2: Sila simpan resit bayaran. Tujuannya ialah sekiranya sakit melarat, ada kemungkinan anda perlu admit juga akhirya. Jadi semua bil perubatan klinik yang berkaitan sebelum masuk admit akan ditanggung oleh medikal kad. (Dalam tempoh 30 – 90 hari sebelum) Call saya untuk penjelasan +6016-9212092.

LANGKAH #2: BILA PERLU RUJUK KEPADA PAKAR

  1. Sebelum berjumpa pakar, sila pastikan telah maklum pada ejen kad perubatan anda tentang masalah/penyakit yang dihadapi. Ejen akan update apa yang perlu dilakukan.
  2. Sila standby duit poket dalam dua, tiga ratus. Just in case apa2 hal.
  3. Sila bawa Refer Letter daripada klinik biasa JIKA ADA.
  4. Ketika berjumpa doktor pakar
    1. Kemukakan Refer Letter berkenaan kepada Doktor Pakar ketika berjumpa.
    2. Penting: Maklumkan keadaan penyakit dengan jelas, bagaimana keadaan terkini, bila simptom bermula, rawatan yang pernah dibuat. Call saya untuk penjelasan +6016-9212092.
  5.  Berdasarkan pandangan Doktor Pakar berkenaan,
    1. Jika dinasihatkan untuk masuk wad
      1. Maklumkan anda ingin menggunakan Medical Card
      2. Biasanya doktor akan arahkan nurse dapatkan maklumat lanjut berkaitan takaful/insuran anda.
      3. Jika kemasukan terus biasanya pihak nurse/hospital akan memohon Initial Guarantee Letter daripada syarikat takaful.
      4. Penting: Kemudian sila maklumkan kepada agent berkaitan saranan kemasukan ke hospital. Agent akan follow up permohonan Initial GL anda dengan syarikat takaful untuk memastikan proses berjalan lancar.
    2. Jika dinasihatkan untuk rawatan lanjut/pemeriksaan, tidak perlu masuk wad
      1. bermakna masih dalam fasa mengenal pasti penyakit. Namun disebabkan anda disaran pemeriksaan lanjut, anda boleh mohon refer letter daripada doktor pakar yang merawat untuk buat pemeriksaan di Hospital Kerajaan untuk kurangkan kos. Biasanya doctor sedia maklum kos pemeriksaan tidak ditanggung syarikat takaful/insuran.
      2. bermakna anda terpaksa membayar dahulu kos sekarang kerana ia tidak akan ditanggung oleh Kad Perubatan, melainkan ianya dilaksanakan ketika dalam wad.
    3. Jika dimaklumkan sakit biasa, tidak masuk wad
      1. bermakna anda memang kena bayar sendiri kos rawatan/consltation berkenaan. Tidak boleh claim.

Sila faham untuk menggunakan medical card juga harus melepasti Tempoh Menunggu 120 Hari.

Begitulah sedikit tips bagaimana menggunakan menggunakan medical card ketika memerlukan. Semoga bermanfaat.

Penafian: Ini adalah saranan peribadi, tiada bersangkut paut dengan sesiapa, dan mana-mana syarikat insuran termasuk Takaful PruBsn dan Prudential. Sila rujuk ejen masing-masing untuk panduan lebih lanjut.

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *