Medical Card : Takaful Health 2

Takaful Health 2 adalah satu rider atau manfaat tambahan. nombor ‘2’ bermaksud, ini adalah plan medical card versi ke-2 selepas Takaful Health dilancarkan. Anda boleh baca maklumat di bawah ini sebagai rujukan. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lengkap, boleh hubungi saya di 019-9982092.

Antara kelebihan Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti berikut.

  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 100 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan…boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2….tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad
  • Dan banyak lagii…..hubungi saya sekarang…
  • Jadual Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti di bawah.
Takaful Health 2 Table
Untuk pengetahuan semua pembaca. Takaful Health 2 terdapat penambahbaikkan dari segi pilihan jenis plan. Iaitu, terdapat 2 pakej sama ada anda nak medical card yang ada ko-takaful atau deducttible.
1. Ko-Takaful
Ia adalah perkongsian tanggungan kos perubatan antara company dah client. Iaitu 10% akan ditanggung oleh client dan 90% akan ditanggung oleh PruBSN Takaful. Namun begitu, ada syarat tambahan untuk tidak membebankan client. Iaitu, min ko takaful tersebut adalah RM 300 dan Maximum adalah RM 1,000.
Sebagai Contoh :
A. Bil Rawatan : RM 2,000 (10% = RM 200)

PruBSN Takaful : RM 1,700
Pemegang Sijil : RM 300
*sebab min ko-takaful adalah RM 300.

B. Bil Rawatan : RM 3,000 (10% = RM 300)
PruBSN Takaful : RM 2,700
Pemegang Sijil : RM 300
* sebab, ko takaful adalah 10% dan min 300

C. Bil Rawatan : RM 5,000 (10% = RM 500)
PruBSN Takaful : RM 4,500
Pemegang Sijil : RM 500
*sebab, ko takaful adalah 10% min 300 dan max 1000. So, RM 500 adalah antara 300 dan 1000. So, client kena bayar RM 500

D. Bil Rawatan : RM 50,000 (10% = RM 5,000)
PruBSN Takaful : RM 49,000
Pemegang Sijil : RM 1,000
*sebab maximum ko-takaful adalah RM 1,000

2. Deductible

Untuk deductible, client diberi 2 pilihan sama ada untuk memilih deductible option RM 3000 atau RM 10,000. Apa maksudnya tu?..maksudnya, kalau untuk yang RM 3,000. Bill RM 3,000 pertama akan ditanggung oleh client, manakala selebihnya baru boleh claim kat PruBSN Takaful. Begitu juga kalau deductible options RM 10,000. So, bill atas RM 10,000, baru boleh claim.

Sebagai contoh.

A.  Bil Rawatan : RM 2,000 (Deductible RM 3,000)

PruBSN Takaful : RM 0
Pemegang Sijil : RM 3,000
*sebab bill dibawah RM 3,000

B. Bil Rawatan : RM 30,000 (Deductible RM 3,000
PruBSN Takaful : RM 27,000
Pemegang Sijil : RM 3,000
* Sebab bill lebih dari RM 3,000, baru boleh claim kat PruBSN Takaful.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email abdriadi@prupartner.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *