Hahaha apa hal sentap kutu babi ni? Mestilah cerita menarik untuk dijadikan panduan dan pedoman kan? Sharing pengalaman seorang sahabat yang baru nak ambil Medikal Kad dengan saya baru-baru ini.
Begini ceritanya. Adalah seorang sahabat ni kerja jauh dari keluarga. Sebab bidang kerjanya dalam industri yang post nya tak banyak. Jadi terpaksala bekerja berjauhan. Setiap minggu kalau mampu, dia akan balik tgk anak dan isteri yang nun 200km jauhnya. Bukan mudah mencari rezeki kan. Itu belum kira shift malam or siang.
Jadi nak jadi cerita tiba2 pada suatu hari, ditakdirkan Allah sedang sibuk member ni bekerja, dengan suit safety bawah terik matahari ni, dia dapat panggilan emergency anaknya mengalami sakit telinga yang teruk. Anaknya menangis tak berhenti-henti kesakitan sambil memegang telinga. Isterinya memaklumkan telinga anaknya kelihatan merah dan membengkak. Mungkin ada binatang halus masuk. Kebetulan dirumah masa tu takde orang. Isteri pula tak boleh memandu. Risau punya pasal, terpaksalah emergency sahabat ni ambil cuti pulang ke kampung.
Sudah lah drive 2,3 jam ke kampung. Sampai-sampai sahaja dirumah anaknya masih lagi dalam keadaan menangis-nangis dan kelihatan lemah. Penat agaknya menangis seharian. Hari sudah lewat senja tetapi masih sempat untuk ke klinik. Maka tanpa membuang masa teruslah sahabat ni membawa anak dan isterinya mencari klinik bagi merawat anaknya ini.
Tak main lah pergi klinik-klinik biasa, terus klinik pakar kanak-kanak. Huish pasal anak siapa tak risau. Emergency macam ni pulak.
Pergi klinik A: RAMAINYAAA… dekat 30 org que. Tak sempat ni…
Pergi klinik B: Alamak! Tutup la pulak!!!
Pergi klinik C: Doktor cakap “Eh telinga anak awak ada kutu babi masuk ni. Alamak saya tak berani la nak rawat anak awak ni…”
Pergi klinik D: Doktor cakap “Maaf, kita takde alat untuk rawat anak awak ni…”
Hari dah makin lewat, aduhhh anak pulak sakit… mana lagi?
Kalau pergi ke hospital kerajaan confirm ramai ni… Aduhhh…
Akhirnya pergi ke Hospital Pakar Swasta. Mahal pun mahallah…
Alhamdulillah, dengan bantuan doktor pakar, berjaya juga keluarkan kutu babi tu.
… krik krik krik…
“Ko bayangkan la Li, sakit hati aku bila pergi klinik ada doktor boleh cakap tak berani nak rawat anak aku. Nak sangat jadi doktor. Aku rasa nak tumbuk je doktor tu….” Kata sahabat ni bercerita pengalaman dia.
“Dah penat rushing gi 5 bijik klinik kot, semua penuh la, tutup la… semua kerja 9 -5 aje” ujarnya lagi.
“Tapi Li, ko tau apa yang paling sentap pasal kes anak aku ni?” Tanya sahabat pada saya.
“Apa dia?” tanya saya.
“Aku balik rumah mak aku, aku cerita la kat mak aku pasal anak aku ni. Saja bercerita. Mana tahu boleh hulur sikit ke hahaha. Pastu mak aku pun tanya berapa total bil anak kaku ni”
“RM1500 mak, jawab aku”
“Ish mahal betul kutu babi ko tu yek kata mak aku!!! Sekor RM1500!!!”
“Sentap aku aku beb hahaha… mak aku dah suruh lama ambil medikal kad ni. Aduhhh… dah le kena balik emergency, jauh, penat, kena bayo plak lagi RM1500 bawak keluar kutu babi seko je. Kene bako plak. Panasss! Memang SENTAP KUTU BABI betul aku! Hahaha”
Tergelak aje la saya mendengar cerita sahabat saya ni. Setahun dulu saya pernah bercerita kepadanya berkaitan kepentingan Medikal Kad ni. Baru ni lah dia terbuka hati nak berbincang secara sirius.
Kita hanya merancang dan berusaha, segala ketentuan dari Allah jua.
Leave a Reply