Rahsia bayar bil hospital dengan emas!

1

Melaburlah Dalam Emas

Beberapa bulan lepas saya ada menerima reply email daripada seorang prospect saya yang menyatakan beliau tidak mempercayai sistem takaful.

Terima kasih la ye… saya simpan emas ajer utk anak2 saya.. tentu2nya emas tu jadi hak saya… beli insurans, x dpt apa2… time nak claim punyalah susah… kdg2 emergency time x dek duit, masuk sepital, bole plak kena kuar dwet sendiri dulu… maknanya x dek la membantu time susah pun… beli emas, time emergency, pajak, on the spot dpt duit… emas pun masih hak saya…
Apa kata, anda2 semua fikirkan 1 produk yg lebih kepada apa yg dianjurkan dlm islam… come on la.. think out of the box… twist ler sket dari unsurans… cthnyer, jual insurans dlm bentuk emas ker.. byr bulan2, dpt emas sekian2… nmpk gqk hasil pelqburan… tq…

Beliau menyatakan adalah lebih baik duit yang hendak disumbangkan dalam takaful disimpan / dilaburkan membeli emas.

Saya bersetuju dengan beliau.

Ya, saya sangat bersetuju dengan beliau dalam konteks “SIMPANAN/PELABURAN”.

Takaful Simpanan Pendidikan

Pernah dengar soalan begini?

“Takaful Simpanan Pendidikan”

“Takaful Simpanan Hari Tua”

“Takaful Simpanan Haji”

Sebenarnya tiada simpanan dalam takaful ini seperti yang ramai bayangkan. Anda simpan RM100, anda tidak akan dapat RM100 anda kembali, 5% cas wakalah(pengurusan) dikenakan. Rugi lah kalau begitu? Ye ka? Nanti saya cerita apa kelebihan simpanan dalam takaful.

Namun kita kena faham takaful sebenarnya adalah satu bentuk pelaburan. Selain itu hasil pelaburan dalam takaful juga tidaklah setanding instrumen lain diluar sana.

Takaful dan Insuran fokus kepada perlindungan, maka mana mungkin kita nak bandingkan dengan pelaburan emas?

Cuma jika berlaku apa2 musibah, kebiasaannya kita perlu mendapatkan rawatan segera. Kita tak sempat sebenarnya berfikir banyak, kita pada ketika itu hanya perlu pantas bertindak. Adakah kita pada waktu itu sempat untuk menjual semua emas kita? Bagaimana dari segi harga pasaran emas tersebut pada ketika itu? Berapa % kita loss dari jualan emas pada waktu itu? Bagaimana dari segi jika simpanan emas (gold bar) yang tidak diterima disesetengah pajak gadai? Bagaimana jikalau kos rawatan lebih besar daripada nilai simpanan kita? Still kena pakai duit dulu, mungkin kena pinjam orang pulak tu.

Still, medical card is a good option, kan?

Sebenarnya semua ini pernah terjadi depan mata kami. Bagaimana kebetulan ketika berada di Ar Rahnu dimana kecewanya seorang lelaki membawa semua gold bar untuk digadaikan untuk rawatan tetapi tidak diterima. Touching juga.

Saya bukanlah hidup menjual takaful semata. Saya juga sama seperti anda semua, berusaha mencari alternatif dan peluang termasuk menyimpan emas. But dont put all eggs in one basket. Saya juga pernah admit di hospital   sebab masalah sakit belakang yang menyebabkan saya tak boleh bergerak terus, terbaring sehingga ambulan terpaksa bawa saya ke hospital. First time pakai medikal kad selepas sumbang takaful setelah hampir 9 tahun! Mujur bukan slip disc. Alhamdulillah. Apakah yang saya fikir ketika itu? Adakah saya fikir tentang wang ketika itu? Nope, saya lebih bimbang tentang sakit saya, apa akan berlaku pada saya ketika itu, apa akan jadi pada anak2 saya jika saya tak boleh bangun terus? Saya mahu rawatan segera.

Kelebihan Takaful Simpanan

Kelebihan simpanan dalam takaful atau dipanggil Takaful Saver dalam plan takaful PruBsn ni adalah bila attach sekali dengan option Takaful Saver Contributor. Mungkin simpanannya tidak sama dimana berkurangan 5% kerana cas wakalah. Tetapi sekiranya berlaku musibah, seperti Total Permanent Disable(TPD) atau sakit kritikal, anda tak perlu bayar lagi sumbangan takaful anda dan sumbangan simpanan anda juga akan disimpan sekali oleh syarikat takaful.

Jom Beli Emas!

Namun, pelaburan dalam emas amat2 digalakkan. Dalam ekonomi Malaysia yang kurang stabil ini lagi lah, cuba semak nilai currency kita naik turun dengan lajunya. Emas diterima diseluruh dunia. Jika terdesak, kita boleh cagarkan untuk buat pinjaman. Anda tidak rugi membeli emas. Banyak manfaatnya.

InsyaAllah.

 

 

 

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *