Penyakit Sedia Ada

Baru-baru ini ada seorang prospect bertanyakan berkenaan bagaimana coverage  PruBsn Takaful sekiranya client mempunyai penyakit sedia ada. Soalan ini sebenarnya merupakan soalan yang sering ditanya oleh pelanggan.

Apakah Penyakit Sedia Ada?

Secara mudah penyakit sedia ada adalah sebarang penyakit yang pernah dialami oleh bakal pemegang polisi sehingga menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke wad untuk suatu tempoh. Yelah, jika dah penyakit tu menyebabkan beliau masuk wad, mesti bukan sebarang sakit. Walaupun gastrik!!!

Saya ada Penyakit Sedia Ada! Bagaimana?

Apabila pelanggan sudah mempunyai rekod penyakit sedia ada, kebiasaannya kita akan terus mengisi borang permohonan perlindungan seperti biasa TETAPI:-

1) Pastikan Penyakit Sedia Ada Diisytiharkan

Apa yang penting, dalam borang permohonan polisi ke PruBsn Takaful berkenaan bahagian penyakit sedia ada dinyatakan dengan jelas.

Apa LangkahSeterusnya?

Seterusnya, apabila borang sudah dihantar ke PruBSN Takaful, mereka akan menilai dan menentukan sama ada perlu atau tidak pemohon untuk melakukan Medical Check Up bagi memastikan penyakit sedia ada itu tidak merbahaya dan mengganggu kesihatan pemohon. Ini kerana seperti sedia maklum, jika sudah ada penyakit sedia ada seperti sakit darah tinggi, kemungkinan besar permohonan akan ditolak, atau ada sesetengah penyakit sedia ada akan menyebabkan premium / sumbangan bulanan menjadi lebih tinggi.

Kalau macam tu, rugilah saya menyumbang dalam takaful!!!

Memanglah. Kalau ada 10 orang sihat, semua menyumbang secara adil. Masing-masing secara adil bergilir-gilir menyumbang dan membantu antara satu sama lain. Tiba-tiba anda yang dah sakit baru nak menyumbang, semua sumbangan dihabiskan kepada anda, adilkah begitu? Sudah tentu tidak. Habislah sistem perkongsian berkenaan kan? Kalau saya pemilik syarikat takaful pun fikir banyak kali nak bagi anda masuk.

Maka adalah tanggungjawab bersama memastikan diri kita mengambil polisi perlindungan lebih awal. Sila fahami bahawa takaful adalah sistem perlindungan berasaskan konsel “tabarru'” iaitu perkongsian sumbangan ikhlas sesama kita bagi meringankan beban kita dan orang lain disaat memerlukan.

Jika kita prihatin terhadap orang lain, InsyaAllah sudah tentu orang lain juga prihatin tentang diri kita! Renung-renungkan dan selamat beramal! =)

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *