Pandangan Ulama Berkaitan Insuran & Takaful.

Alhamdulillah. Hari ni saya ada menemui seorang sahabat yang berminat untuk mengetahui berkaitan insurans dan takaful. Banyak perkara dibincangkan sepanjang sesi minum petang tadi. Antara topik paling menarik perhatian saya adalah berkaitan dengan halal dan haram. Bagaimana hendak mengetahui dan membezakan bahawa plan takaful yang saya syorkan sememangnya takaful yang berlandaskan syariah dan halal disisi syarak.

Terpanggil saya sekali lagi untuk berkongsi sekali lagi berkaitan hal ini.

Takaful bukan Insuran. Sila fahami, takaful adalah adalah satu konsep berasaskan tanggungjawab, bekerjasama dan saling bantu membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru(derma) kepada satu dana yang akan digunakan bagi membantu sama lain apabila diperlukan.

Selain itu PruBSN Takaful merupakan salah satu produk Prudential yang dipantau oleh unit syariah PruBSN (PruBSN’s Shariah Committee (SC)). Unit ini terdiri daripada sarjana-sarjana yang mahir dan berpengalaman dalam pelbagai jurusan dan amalan kewangan Islam. Sila rujuk disini.

Apa kata Ust Azhar Idrus?

Apa kata Datuk Seri Hj Harun Sani Zakaria?

Apa kata Fatwa JAKIM. Takaful vs Insuran.

Jadi secara umumnya jelas daripada pendapat tokoh-tokoh ulama diatas  bahawa takaful dapat membantu ekonomi umat dan menyokong bahawa sistem takaful yang berasaskan tabarru’ adalah halal dan boleh disertai.

Daripada pendapat para ulama dan ilmuwan inilah kita meletakkan keyakinan dan kepercayaan bahawa sistem ini halal.

Namun disebabkan keadaan politik Malaysia ketika ini yang menyebabkan rakyat mula hilang kepercayaan terhadap sistem kerajaan, tidak kiralah perlembagaan kah, kehakiman kah, keselamatankah, malah institusi kesultanan negara turut tercemar. Ini termasuklah was-was dan ragu-ragu terhadap sistem syariah, yakni terhadap sebarang aktiviti atau badan-badan agama yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar atau perlaksanaan hukum Islam di negara ini, atau terhadap mana-mana badan bertauliah yang menggariskan panduan berkaitan hukum dan peraturan, namun persoalannya siapalah lagi yang boleh kita percaya? Adakah mampu kita sentiasa menyelidik setiap perkara sehingga ke akar umbi?

Pada hemat saya, kita sedang melalui zaman fitnah yang hebat seperti yang pernah Rasulullah s.a.w perkatakan dalam hadis berikut

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.H.R Termizi

Namun Nabi Muhammad juga mengingatkan tidak ada cara lain daripada terus mencari dan mempercayai golongan-golongan ulama yang benar iaitu yang berpegang teguh kepada AlQuran & Assunnah,  daripada membiarkan diri terus hanyut tanpa bimbingan. Selagi tidak menyalahi hukum syara maka harus kita mempercayai mereka tanpa ragu-ragu. InsyaAllah.

“Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
(QS. An Nisaa’, 4:59)

“Berpeganglah kamu sekelian dengan Kitab Allah, halalkanlah apa yang telah dihalalkan dan haramkanlah apa yang telah diharamkan.”
(H.R. Abu Daud, sahih)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(QS. At Taubah, 9:71)

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Akad / Kontrak DERMA  (Tabarru’) menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Dalam konteks Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.

Jadual berikut adalah beberapa perbezaan antara insurans dan takaful

INSURANS TAKAFUL
Kontrak Jual Beli Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Peserta membayar premium kepada syarikat insurans Peserta membuat caruman ke dalam takaful. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim takaful.
Syarikat insurans bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya Syarikat Takaful bertindak sebagai pemegang amanah dan membayar manfaat  daripada kumpulan wang peserta
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Pelaburan kumpulan wang Takaful hanya dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah
Wang peserta dianggap wang syarikat insurans dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh peserta. Wang peserta tidak dikira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh syarikat
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari lebihan untung Lebihan untung dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada peserta

Dengan penggunaan derma ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur riba’ gharar dan maisir

Renung-renungkan….

 

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *