Kenapa perlu dapatkan Plan Perubatan Takaful seawal mungkin?

Kenapa Kena Ambil Awal

Imej diatas merupakan sebahagian surat daripada syarikat takaful kepada pelanggan yang sudah mempunyai masalah kesihatan.

Jujur saya katakan, berdasarkan pengalaman saya, masih ramai yang berlengah-lengah untuk mendapatkan Plan Perubatan Takaful. Jujur saya katakan betapa tertekannya mereka bila permohonannya telah ditolak disebabkan penyakit yang ada.

Masa berlalu tak menunggu kita. Setiap saat, semakin berusia kita. Semakin berusia, semakin berisiko kita untuk mengidap penyakit atau pun terlibat dalam kemalangan.

Ia mungkin berlaku atau pun tidak dalam kehidupan kita, tetapi kita harus berusaha untuk menyediakan diri menghadapi musibah dengan menguruskan risiko yang ada.

Plan Perubatan Takaful bukan penyelesaian masalah kesihatan kita, tetapi ia adalah alat bantu meringankan bebanan kita, seperti sebatang tongkat tempat berpaut bila cedera dikaki. Maka Plan Perubatan Takaful adalah “AIRBAG” kepada kewangan kita. Membantu kita meringankan kos perubatan kita.

Namun jika sudah sakit, sudah tentu sudah sukar untuk memohon Plan Perubatan Takaful, malah sesetengah kes permohonan ditolak.

Berikut beberapa kemungkinan terhadap permohonan takaful kita jika memohon apabila sudah sakit:

  1. PENAMBAHAN nilai sumbangan (caruman) bulanan.
  2. PENGECUALIAN sakit tersebut dalam perlindungan polisi takaful kita.
  3. PENANGGUHAN permohonan takaful tersebut ke satu tempoh yang ditetapkan.
  4. PENOLAKAN terhadap permohonan takaful tersebut, serta-merta tidak lulus.

Usah bertangguh, bertindaklah sekarang!

…………………………

Call/ sms/ Whatapps kami untuk perkongsian ilmu takaful:

Ghazali: 016.921.2092

Hidayah: 016.466.2092

PruBSN Takaful Servicing Agent

Kredit:  Grafik Sumbangan daripada: Mohd Hafiz Ruslan

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *