Kenapa perlu dapatkan perlindungan insuran seawal mungkin?

Semakin hari semakin banyak pendedahan kepentingan insuran disebarkan melalui media massa. Maka semakin ramai dikalangan kita menyedari kepentingan insuran dalam membantu pengurusan kewangan dalam kehidupan kita.

Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana tidak merasakan keperluan insuran.

Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tidak penting kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya.

Sebenarnya terdapat 3 sebab penting perlunya mendapatkan polisi insuran seawal mungkin.

1. Peningkatan harga premium 15% setiap tahun

Setiap tahun harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan sekiranya kita mengambil polisi dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding sekiranya kita ambil tahun ini.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, insuran anak kedua kami jauh lebih mahal daripada insuran anak pertama kami dengan manfaat yang sama.  Maka sekiranya kita berkemampuan, adalah lebih bijak kita dapatkan polisi insuran seawal mungkin

Berikut keratan artikel berkaitan kenaikan harga premium di Malaysia dan luar negara.

2. Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko penyakit, semakin sedikit coverage

Faktor umur memberi kesan besar terhadap harga polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan harga polisi dengan coverage manfaat yang bagus dengan harga yang murah. Paling mudah saya berikan contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama.

Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi? 😀

3. Apabila dah sakit…

Apabila dah sakit, tengok jenis penyakit. Silap haribulan, insurans tidak akan cover penyakit kita itu. Maka, ambil insurans pun tak guna dah. Malah ada kes yang Prudential tolak permohonan kita nak ambil insuran dengan dia. Sebab itu, sememangnya semasa kita sihat, memang kita tak perlukan insuran. Bila dah sakit, masa itulah pening kepala kita nak korek duit untuk membayar bil.

Pesanan saya, sekiranya keluarga kita ada history sakit, especially 36 penyakit kritikal. Bersedialah lebih awal untuk mengambil insuran. Once kita disahkan menghidap sebarang penyakit kritikal berkenaan, maka sekurang-kurangnya beban kita ditanggung sedikit oleh syarikat insuran.

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉

2 thoughts to “Kenapa perlu dapatkan perlindungan insuran seawal mungkin?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *