Fatwa daripada JAKIM kepada pengamal insuran

Antara faktor kenapa kami hanya mempromosikan Takaful, dan bukan Insuran Konvensional adalah daripada fatwa yang dikeluarkan oleh jakim berikut:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.”

Sila rujuk laman web rasmi e-Fatwa JAKIM seperti dibawah

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah

 

6 thoughts to “Fatwa daripada JAKIM kepada pengamal insuran”

  1. Saya perunding Zurich Takaful..boleh hubungi saya di no 0192613569..jika ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai produk Zurich Takaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *