Fakta rokok punca penyakit kronik

Anda merokok? Bacalah sisipan artikel ini untuk anda!

Bagi perokok aktif, menurut beliau, kesannya akan dirasai mereka biasanya selepas 15 tahun. “Mereka akan terdedah kepada lebih 20 penyakit kronik yang terdiri daripada pelbagai jenis kanser antaranya pundi kencing, perut, usus dan rahim, mulut, esofagus, tekak, pankreas, payudara dan paru-paru.

  • Ramai tahu tiga lelaki yang terlibat dalam iklan Malboro Man – Wayne McLaren, David McLean dan Dick Hammer meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
  • Budaya merokok dibawa ke Eropah pada abad ke-16, kemudian menjadi kebiasaan dalam kalangan bangsawan.
  • Di Amerika Syarikat pula, puak Red Indian merokok untuk acara pemujaan dan bukan menunjukkan kehebatan.
  • Kajian saintifik menunjukkan terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya terkandung di dalam rokok.
  • Daripada nikotin, tar, sianida, benzena, cadmium, metanol, asetilena, amonia, formaldehid, hidrogen sianida, arsenik sehinggalah karbon monoksida.
    • Nikotin mungkin menyebabkan perokok merasa tenang namun tar mengandungi lebih 4,000 bahan kimia dengan 60 daripadanya bersifat karsinogen iaitu pencetus kanser.
    • Karbon monoksida pula sejenis gas berbahaya yang jika disedut dengan banyak boleh mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan sukar bernafas dan cepat letih.
    • Aceton dan toluidine – yang juga terdapat dalam rokok pula biasanya digunakan masing-masing sebagai penanggal cat dan pelarut industri antaranya terdapat dalam pencuci lantai.
    • RoketMetanol pula terdapat dalam bahan api roket.
    • Napthalene adalah ubat gegat
    • DDT ubat pembunuh serangga
    • Butane biasa digunakan dalam pemetik api.
  • Menurut Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju, kanser pertama kali dikaitkan dengan merokok pada 1964.
  • Menurutnya, nikotin dan tar yang terdapat dalam rokok adalah faktor yang mengganggu fungsi paru-paru.
  • Tambah Dr. Selvaraju, semasa usia remajanya sekitar 1950-an amat sukar melihat orang menghisap rokok kerana ia bukan budaya Asia.
  • “Biasanya perokok yang merokok lebih 15 tahun, kelihatan normal semasa ujian kesihatan kerana sel kanser tidak kelihatan.
  • Perokok pasif atau mereka yang tidak merokok tetapi dikelilingi perokok – juga boleh mendapat kanser kerana sering menghidu asap rokok.
  • Bagi perokok aktif, menurut beliau, kesannya akan dirasai mereka biasanya selepas 15 tahun. “Mereka akan terdedah kepada lebih 20 penyakit kronik yang terdiri daripada pelbagai jenis kanser antaranya pundi kencing, perut, usus dan rahim, mulut, esofagus, tekak, pankreas, payudara dan paru-paru.
  • “Mereka juga mudah mendapat penyakit berkaitan saluran pernafasan, strok, osteoporosis, jantung dan mandul,” ujarnya.
  • Bagi perokok wanita pula, mereka mungkin mengalami putus haid awal, melahirkan bayi cacat, keguguran, bronkitis, batuk, ulser peptik, otot lemah, penyakit gusi dan kerosakan mata.
  • Menurut Dr. Selvaraju, perokok pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah kepada risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung, masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin dan batuk-batuk, sakit kerongkong dan sakit kepala.

Sumber: Utusan Malaysia

Sengaja saya kongsikan artikel ini dengan saudara/i sekalian kerana saya juga adalah bekas perokok. Saya telah merokok selama 16 tahun. Nak mula merokok memang mudah, tetapi nak berhenti tuhan sahaja yang tahu. Saya mengambil masa yang lama untuk berhenti dan sepanjang tempoh itu saya dah buat beberapa kali percubaan. Apa yang penting kita terus berusaha. Saudara/i sendiri dapat lihat bagaimana rokok menjadi punca pelbagai penyakit kronik. Sebahagiannya kita boleh lihat ada dalam 36 penyakit kritikal yang dicover oleh insuran.

Saya ada tulis satu artikel berkaitan bagaimana nak berhenti merokok di personal blog saya. Silalah lawati untuk mengetahui bagaimana perubaan terakhir saya untuk berhenti membuahkan hasil. Semoga kaedah saya memberi manfaat kepada saudara/i untuk berhenti juga. Lagi awal lagi bagus!

http://www.ghazalitajuddin.com/general/personal-tips-berhenti-merokok/

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *