Database Soalan Perunding Takaful PruBSN

Bila dikenang2 kembali, bukan mudah nak bermula sebagai Perunding Takaful ni.

Banyak cabaran perlu ditempuh bagi mendapatkan ilmu sebagai Perunding Takaful.

Agensi memainkan peranan utama untuk membina satu sistem yang terbaik bagi menyokong perkembangan Perunding Takaful yang baru bermula dalam industri.

Tanpa sistem yang kuat, impian sebagai Perunding Takaful tidak akan berjaya.

Cabaran Perunding Takaful berjaya bermula dari mengubah Mindset diri sendiri agar lebih positif, lebih berkeyakinan, lebih komited terhadap setiap aktiviti Perunding Takaful.

Kemudian diikuti pula oleh Skillset, dimana keperluan kepada mengasah kemahiran diri dalam bercakap, keterampilan, strategi pemasaran bagi menarik dan mendapatkan peserta Takaful.

Ditambah pula dengan Toolset yang perlu bagi memudahkan promosi produk takaful itu sendiri.

Selain itu pengetahuan terhadap pelbagai jenis produk Takaful juga penting bagi meluaskan lagi peluang mendapatkan peserta Takaful mengikut keperluan mereka.

Perunding Takaful juga bertanggung jawab melengkapkan pengetahuan diri dengan sistem perkembangan seorang Perunding Takaful. Dari seorang ejen biasa, kepada UM1, UM2, Manager dan seterusnya. Pengetahuan berkaitan career path ini penting bagi memudahkan kita menetapkan matlamat yang jelas sebagai seorang Perunding Takaful.

Tetapi, jika semuanya diletakkan terhadap agensi bagi memberi input kepada semua Perunding Takaful, sudah pasti akan ada yang tertinggal, lebih-lebih lagi outstation ejen yang tidak selalu berada di office.

Semasa saya bermula dahulu, saya menghadapi masalah sebegini. Kerap kali ada soalan yang perlu ditanya pada Perunding Takaful yang lebih senior. Setiap kali jawapan diberikan  pada saya perlu direkod bagi memudahkan rujukan oran lain pula.

Bayangkan setiap kali ada ejen baru, pasti akan bertanya soalan yang sama. Sedangkan kita boleh simplifykan kerja dengan mewujudkan sebuah database soalan.

Oleh itu, saya fikir ini adalah inisiatif saya bagi membantu diri saya kemudian hari. Saya ingin menjemput tuan/puan yang baru menyertai sebagai ejen Takaful PruBSN untuk menggunakan servis ini. Tidak kira siapa anda dan agensi anda, mari kita cuba ajukan soalan dan berkongsi penyelesaiannya disini.

Database Soalan Perunding Takaful PruBSN – Perlu saya ingatkan disini, ini adalah sekadar inisiatif kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan dan maklumat yang tidak tepat. Anda boleh bertanya dan menyumbang penyelesaian isu orang lain. Maka pastikan sumber dan rujukan yang terbaik diperolehi terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *