Antara rawatan Hospital Kerajaan & Swasta

Assalaikum w.t.h & Salam Sejahtera,

Baru-baru ni keluar dalam berita tv dan suratkhabar tentang seorang bekas tentera mengamuk di Hospital Kerajaan kerana gagal mendapatkan perkhidmatan bagi merawat isterinya yang sakit disebabkan tidak mampu membayar wang deposit / akses masuk.

Retak cermin kaunter tu. Jangan buat main2 lah dengan orang sakit. Kalau sakit gigi pun boleh bunuh org tau! Nasib baik tak kena amukm kalau idak lagi haru jadinya kan.

Sometimes yelah bila dah terbiasa tgk org sakit dan cedera, kita pun dah takde rasa apa dah. Tapi kena beringat juga yang menanggung tu bukan kita, tetapi mereka dan yang dikasihi mereka. Mungkin hari ini hari kita esok belum tentu ye… so sentiasalah prihatin sesama kita!

Tuan/puan yang dikasihi sekalian, sekarang ini tidak semua Hospital Kerajaan adalah percuma. Ada antara hospital kerajaan yang mengenakan pembayaran deposit sebelum mendapatkan rawatan tertentu. Dan sebenarnya ada je kos rawatan yang dikenakan untuk pesakit yang bukan kakitangan kerajaan. Berikut antara aduan pesakit di aduanrakyat.com.my

http://www.aduanrakyat.com.my/hospital-tengku-ampuan-rahimah-urus-pesakit-sambil-lewa

Tapi jangan pula kita bersangka buruk kepada Hospital Kerajaan. Kita kena faham, kos rawatan di Hospital Kerajaan tersangatlah rendah disebabkan subsidi yang diberikan kerajaan. Takkan semua orang nak dapat free kot! Kalau pegawai atau pesara kerajaan memanglah. Boleh dikatakan kos rawatan free terus, layanan first class. Kalau rakyat marhain seperti saya yang bekerja sendiri, bukan kakitangan kerajaan, layanan atas nasib, pengalaman saya lihat memang teruk. Ini pengalaman saya lihat sendiri. Nak kena petik nama vvip or bawak datang lagi bagus, barulah dapat layanan ok sedikit. Tidak dinafikan kos memang murah. Oleh itu sudah tentu ramai yang mendapatkan perkhidmatan mereka. Bila dah ramai kerja semakin banyak, semua akan jadi lambat, tak kiralah macammana keadaannya sekalipun, berdarah ke, patah ke, semua masuk que ok!. Mungkin kos rawatan tersebut memerlukan sedikit deposit bagi memudahkan proses rawatan tuan/puan juga.

Cth cas wad sebuah HOSPITAL KERAJAAN di KL:

Oleh sebab itu apa kata daripada kita merungut dan menyalahkan Hospital Kerajaan  adalah lebih baik kita bersedia lebih awal mencari jalan bagaimana nak mendapatkan rawatan dengan lebih baik di hospital swasta!

Sebenarnya caranya adalah melalui Perlindungan Takaful!!!

Dalam Plan Komprehensif Takaful PruBSN mengandungi 5 manfaat utama:

  1. Manfaat Kematian
  2. Manfaat Kemalangan
  3. Manfaat Sakit Kritikal
  4. Manfaat Rawatan Perubatan (Medical Card)
  5. Manfaat Simpanan

Pelan Takaful PruBSN ini serendah RM100 sebulan membolehkan tuan/puan mendapatkan rawatan secara percuma di mana-mana hospital panel Prudential di seluruh Malaysia. Walaupun terdapat juga hospital panel yang mengenakan deposit, tetapi sekurang-kurangnya bil rawatan tuan/puan akan ditanggung sepenuhnya oleh Takaful Prudential! Malah melalui plan ini juga, tuan/puan layak untuk mendapatkan elaun harian hospital sepanjang mendapat rawatan di hospital! Klik DISINI untuk ringkasan plan Takaful PruBSN!

Cth claim elaun!

 

OPSYEN

Kenapa biarkan diri kita hanya bergantung kepada hospital kerajaan sahaja? Tidakkah kita mahu diberi pilihan yang lebih baik? Adakah diri kita tidak layak masuk ke hospital swasta? Adakah kerana kita tidak mampu? Atau sebenarnya kita tak terfikir akan adanya ALTERNATIF?

Fikir-fikirkanlah, renung-renungkan kisah penganalisis jenayah Malaysia yang berbakat, saudara Kamal Affandi yang terpaksa mencari RM40,000 untuk menanggung kos bedahnya! Mujurlah ada mereka-mereka yang perihatin menghulurkan bantuan. Kita yang tidak ternama ni belum tentu lagi…kan?

Jadi berkorbanlah sedikit ketika sihat sebelum sakit… kos rawatan pasti meningkat saban tahun! Hubungi agen takaful anda sekarang! Kenali bagaimana takaful boleh membantu anda! Bila dah diwajibkan kerajaan nanti tak tahulahhhhhh!

______________________________________________________________________

Jika nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Takaful…jangan segan silu untuk hubungi kami Ghazali 019-9982092 atau Hidayah 019-9172092. Konsep yang kami pegang sangat mudah…kami terangkan sepenuhnya, dan selepas itu anda yang tentukan sendiri. Tanpa Paksaan Tanpa Desakan.. kerana apa? kerana kami percaya perlindungan kewangan/takaful perlu dibeli mengikut keperluan dan kemampuan anda tanpa sebarang paksaan dan tanpa sebarang desakan. Kami hormati keputusan anda. Untuk yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan atau Kemaman..boleh juga jumpa kami personally…kita keluar minum2..sembang2…just give us a call 😉

2 thoughts to “Antara rawatan Hospital Kerajaan & Swasta”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *