11 Tips Femes Jawab Panggilan Telefon Ejen Takaful Insuran

hellosayaagenttakafulinsuranceKorang mesti selalu stress bila berdepan dengan ejen takaful insuran yang selalu halo korang kan? Kadang-kadang mati akal dah nak bagi alasan apa kat agent berhati waja tu. Rasa nak lari tak cukup tanah dah!!! Bila dia call, ada je modal dia nak menjawab. Betul-betul peninglah.

Hari ni mari abang share beberapa jawapan meletop utk siapa2 nak jawab phone call agent takaful. Hari2 boleh tukar skrip tiap kali dia call.

Kepada agent2 diluar sana. Abang mintak maaf. Abang dah tak boleh simpan rahsia ni lama2.

1) “Maaf bang saya ada sakit kronik. Terima kasih ya.”
Beritahu semua sakit kronik yang korang ada. Sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, semualah yang terfikir! Walau pun korang takde sebenarnya.Dia bukan tau pun.Confirm dia tak call balil sebab untuk ambil insuran ni kalau dah sakit biasanya tak lepas.
So diorang sure tak nak buang masa dah nak process kes korang.

2) “Maaf bang, saya tak kerja. Tak boleh nak bayar. Terima kasih ya.”
Dengan kata lain, tiada sumber pendapatan. Walau pun korang buat juta2 belakang rumah. Eh, jangan main2. Abang dah jumpa sepesis ni tau. Dia punya tawadoq, bila bercakap lowered abis. Tapi masyaAllah zuhud orangnya. Biasa org beriman dan kaya tak pakai jawapan macam ni.

3) “Maaf bang saya tak minat. Terima kasih ya.”
Full stop. Kalau agent tu tanya kenapa tak minat, korang cakap saya memang tak minat 3 kali. Walaupun sebenarnya korang minat. Biasa kalau korang dah ulang 3 kali tu dia paham dah. Kalau tak paham2 jugak tak tahu la. Biasanya orang tak minat ni ada 3 sebab no money, no need dan no trust! Tapi kalau ko menjawab jugak 3 ni, ada jawapan dia. Abang dah warning awal2. Hahaha.

4) “Maaf bang saya sangat2 sibuk. Terima kasih ya.”
Beritahu pada agent tu bahawa korang sangat sibuk.Cakap je la, anda memang tak sempat nak jumpa. Banyak outstation. Biarpun kerja kerani je tapi busy macam menteri.
Tapi jawapan ni tak kuat la. Sebab agent tu sure telefon balik. Agent bagus dia akan setia menunggu bulan jatuh ke riba tau. Kalau dia telefon lagi. Korang cakap je alasan sama. Kita tengok siapa menang. Korang menang atau agent menang. Kita tgk turun tak bulan tu ke riba. Hehehe.

5) “Maaf bang saya dah ada insuran kompeni. Terima kasih ya.”
Highlight sikit apa syarikat bagi. Terperinci. Bagitau sampai agent tu pulak nak join syarikat tempat korang bekerja. Berapa limit setahun? Siapa yang termasuk dalam perlindungan? Apa yang cover apa tak cover?. Kalau korang boleh bagi detail menunjukkan korang dah study habis plan perubatan syarikat, so maknanya korang memang cukup-cukup puas hati lah tu.Tapi biasanya plan syarikat ni ada expired kan? Sekarang ni confirm expired bila dah pencen lah kan? Dalam umur 65 tahun?. Nampak? Tak kuat sebenarnya jawapan ni. Sahih2 kalau ada pilihan, korang tak nak bayar kos rawatan hospital bila hari tua nanti kan? Ponat2 kijo siang malam, saving semua nak bayar bil hospital. Amacam?

6) “Maaf bang, saya tak percaya insuran ni. Banyak penipu. Tak apalah. Terima kasih ya.”
Jawapan macam ni memang cari pasal sebenarnya hahaha. Mesti dia akan tanya kenapa tak percaya? Pernah ada pengalaman sendiri ke? Boleh share? Puas la pulak korang nak cerita panjang. Sebab ramai agent yang jujur kat luar sana tu. Nanti nganga korang nak tolak offer bila diorg bukak file claim.

7) “Maaf bang, saya takde duit. Tak mampu nak bayar. Terima kasih ya.”
Biarpun duit dalam bank ada, setakat bayar bil RM50k-60k tu tu lepas sangat. Tapi alasan ni bagus sebab insuran ni long term. Komitmen jangka masa panjang. Kalau financial tak kuat rugi. So agent yang bagus pun dia akan filter kewangan korang dulu. Dia takkan paksa punya. Cuma rezeki tuhan bagi. So next time sure dia call lagi. Mana tahu tahun depan dah naik pangkat, naik gaji. So confirm nama korang dalam list jguak.

8) “Maaf bang, nanti saya tanya suami. Terima kasih ya.”
Jawapan ni pun bagus, patuh syariah. Biasanya agent sejuk hati dengar jawapan ni. Kalau agent newbie ni dah surrender lah. Tapi kalau dapat agent predator dia akan jawap balik,

“Akak amek medikal kad mesti abang suami setuju. Satu sebab akak bayar sendiri. Satu lagi sebab bila apa2 jadi pada akak selamat poket dia. Lagi pulak akak amek plan pampasan tinggi2, untung dia kawen laen nanti. So baik akak ambil untuk abang suami dulu, lagi bagus ambil dua2, win-win. Yelah masa susah kita tak tau…”

Tak ke haru 2 plan terus? hehehe.

9) “Maaf bang, nanti saya bincang dengan isteri. Terima kasih ya.”
Adoi bang. Abang jawab macam ni dengan ejen. Ketua keluarga jawab macam ni? Failed ni bang! Failed! Esok lusa sure dia cari abang balik!

10) “Maaf bang, nanti saya tanya mak abah dulu. Terima kasih ya.”
Adoi dik. Kalau macam ni punya prospek, memang boleh buat jadi calon suami atau isteri bagi agent. Susah nak cari orang macam ni skrg ni.
Memang akan kekal lama la nombor tu dalam phone agent tu. Silap haribulan nanti agent akan jadi follow kat FB atau IG.

11) “Maaf bang, insuran ni bukan haram ke?. Terima kasih ya.”
Ini jawab soalan dengan soalan. Bila korang tanya balik confirm sebenarnya korang berminat. Tapi kalau korang tak tanya korang sesat, korang rugi. Selamanya takkan
dapat ilmu takaful. Tak dapat ilmu apatah lagi benefitnya kan? So kalau nak suruh agent tu diam. Baik jangan tanya apa2. Nanti berdarah telinga. Banyak sebenarnya video
daripada pakar2 ilmu mualamalat islam tentang takaful.

MAAF

Perasan tak perkataan “Maaf Bang/Kak/Encik/Cik” tu? Maaf disini bukan kita buat salah pun. Tapi perkataan tu adalah “signal” untuk maklumkan dia supaya berhenti. Signal kita agak terganggu. Perkataan pendek, lembut tapi power dalam masa kita nak mintak dia end up conversation.

TERIMA KASIH

Perasan tak perkataan “Terima Kasih”. Boleh cuba praktikkan bila nak ending jawab panggilan agent tu. InsyaAllah masa tu dia dah cool down dah. Mesti dia taching sebab org hargai dia call. Kalau jawapan tu baik. Dia akan end up dengan baik. Kemudian sebenarnya agent-agent ni memang dah ditakdirkan terpilih hubungi kita. Mungkin kita perlu dengar dahulu apa yang nak disampaikannya.

Kalau ejen tu guna perkataan salam, maaf dan terima kasih, boleh dipertimbangkan jadi ejen kita tu.Sopan je. Macam boleh buat menantu.

…………………………….

So begitulah sharing kali ni. Maaf kalau ada salah silap, ini sekadar pengalaman yang dikongsi. Terima kasih kerana membaca. 😀

Sebenarnya LEBIH BAIK jumpa dan dengar dahulu tentang proposal takaful daripada kita cuba elakkan diri daripada agent. Biasanya agent selalu call untuk appointment pertama
sahaja. Next time dia akan follow up sahaja. Dia tak boleh paksa kita.

Agent takaful ada hak menyampaikan, anda ada hak untuk tahu dan buat keputusan.

Jumpa dan sedut ilmu sebanyak mungkin. Plan takaful adalah satu keperluan kepada semua.

JUMPA SAYA?
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
Atau terus isi form berikut http://bit.ly/1LYxR3P
SIAPA SAYA?
======================

1) Saya adalah perunding kewangan berdaftar.
2) Saya adalah perunding sepenuh masa.
3) Berpengalaman lebih daripada 3 tahun.
4) Berpengalaman dalam menguruskan kes claim
5) Menyediakan konsultasi secara PERCUMA.
6) Easy going person, tiada DESAKAN dan PAKSAAN untuk sign up.
7) Konsultansi saya PATUH SYARIAH
.
KONSULTASI PROFESSIONAL INI ADALAH IKHLAS PERCUMA.
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
WHATSAPP >> ??+60169212092?? <<
Atau terus isi form berikut http://bit.ly/1LYxR3P

ghazalitajuddin

Ghazali Tajuddin 0169212092 Your Servicing Agent - PruBSN Takaful Malaysia http://www.takaful-insurance.com.my [ FREE TAKAFUL QUOTATION ]  

One thought on “11 Tips Femes Jawab Panggilan Telefon Ejen Takaful Insuran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *